Baru sahaja membaca artikel Medan Tempur di bawah ini. Memuatkan kisah Tuan Guru Hj Abdullah Saamah yang disaman JPJ. Apa jua motifnya namun memalukan seorang tokoh agama adalah tidak PATUT sama sekali.
Beliau perlu dilayan seperti orang lain dan merakam video sehingga menimbulkan kemarahan beliau adalah perbuatan yang tidak terpuji dan patut dikeji.
Adakah kerana beliau menyokong Kerajaan dilayan begini?
Harap JPJ dapat buat sesuatu untuk meminta maaf dan mengambil tindakan terhadap anggota yang merakam video Tuan Guru Hj Abdullah Saamah.
Artikel Medan Tempur :
Selain menyaman pesalah trafik yang melanggar undang undang lalulintas, kini tugas baru anggota JPJ ialah merakam video pesalah trafik dan muat naik ke laman sosial..Aku tak pasti sama ada ianya SOP baru JPJ untuk pegawainya atau pegawai berkenaan sengaja memuatnaik video ini bertujuan untuk mengaibkan seseorang..
Itulah yang berlaku terhadap Pengasas Pondok Genting Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang merakam dan menyebarkan video beliau disaman dalam laman sosial sejak bulan lalu.
Memetik laporan Utusan Malaysia
Abdullah berkata, tindakan itu wajar kerana perbuatan anggota terbabit telah menjatuhkan maruahnya dan seolah-olah sengaja ingin memalukan dirinya selain mencemar imejnya sebagai seorang tokoh agama di negeri ini.
Selain itu, katanya, tindakan anggota terbabit juga telah mencemar imej serta merosakkan integriti agensi kerajaan yang selama ini begitu dihormati.
"Saya berharap dengan tindakan tegas yang diambil itu akan memberi pengajaran kepada anggota tersebut dan kakitangan lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu," katanya
Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada JPJ negeri berhubung penyebaran video rakaman Abdullah yang disaman anggota agensi tersebut dalam laman sosial.
Sejak 13 Mac lalu, telah tersebar video Tok Guru Abdullah Samah Pondok Genting Tumpat Kena Saman JPJ dan Ulama Umno Ilmu RM2 Juta Kena Saman dalam laman YouTube.
Sementara itu, ketika diminta menceritakan kembali kejadian tersebut, Abdullah memberitahu, beliau sama sekali tidak menyedari bahawa kejadian itu dirakam.
Beliau hanya menyedari beberapa orang anggota JPJ memegang telefon bimbit masing-masing dan seolah-olah sedang berbuat sesuatu ketika itu.
"Saya hanya mengetahui kewujudan video tersebut di laman sosial setelah dimaklum oleh anaknya ketika sampai di rumah pada hari kejadian.
"Apabila membaca komen-komen yang ditulis pada video terbabit yang banyak berbaur negatif jelas telah memalukan saya dan keluarga.
"Anggota tersebut sepatutnya hanya mengambil tindakan saman kerana sememangnya saya bersalah kerana cukai jalan telah tamat tempoh dan bukannya sengaja memalukan saya dengan tindakan tidak bermoral itu," katanya.
Link asal : http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/04/panass-adakah-ini-tugas-baru-anggota.html?m=1
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.