MENGAPA BUKU "THE ORIGIN OF SPECIES" VERSI BAHASA INGGERIS TIDAK DIHARAMKAN ?
1. Saya terpanggil untuk memberi respons balas mengenai laporan di laman sesawang Free Malaysia Today yang mempersoalkan mengapa Kementerian Dalam Negeri tidak mengharamkan Buku "The Origin of Species" versi Bahasa Inggeris sedangkan buku terjemahannya dalam bahasa Melayu telah disekat di Malaysia.
2. Sekali dengar memang nampak tidak logik dan tidak masuk akal kerana jenis bukunya sama tetapi buku asal dibenarkan manakala terjemahannya pula disekat.
3. Sebenarnya, isu ini timbul bertitik tolak daripada pertanyaan dari Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 10 April 2014. Zahid Hamidi telah menjelaskan bahawa penerbitan buku berjudul "The Origin of Species – Asal Usul Spesis" terjemahan F. Susilohardo dan Basuku Hernowo ( diterbitkan di Indonesia) telah dikenakan tindakan di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 21 Disember 2006 kerana bercanggah dengan pemahaman asas Islam.
4. Dari skrip jawapan ini, saya merasakan ia telah dimanipulasi oleh Free Malaysia Today yang menyatakan bahawa versi Inggeris tidak diharamkan kerana tidak menerima sebarang aduan. Sebenarnya buku The Origin of Species versi asal tidak mengelirukan dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
5. Ini kerana akibat daripada faktor "over exaggerate" dari penterjemah dalam bahasa Indonesia telah mengelirukan fahaman dari konteks asal penulisan buku tersebut. Oleh yang demikian, KDN menyekat hanya pada buku versi Bahasa Melayu Indonesia yang tersimpang jauh dari makna asal buku tersebut.
6. Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran sentiasa memantau mana-mana buku di pasaran sebagai langkah proaktif dan akan bertindak berdasarkan aduan pembaca sekiranya ia boleh mengelirukan dan menggangu gugat aqidah dan ketenteraman awam.
7. Jadi kepada paparazzi media sosial, janganlah suka memutarbelitkan isu dari hakikat sebenar.
Untuk sebaran rakan penggiat media sosial.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.