Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2014

Kenapa Naib Presiden Umno @Zahid_Hamidi Jadi Sasaran @Malaysiakini Terutama di #PRKTelukIntan ???


Menteri dalam Negeri Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi yang juga Naib Presiden Umno telah menjadi sasaran Malaysiakini sepanjang kempen PRK Teluk Intan. 

Kehadiran beliau hampir setiap hari di PRK Teluk Intan bukan sahaja sangat membantu jentera BN bahkan turut menggerunkan pembangkang yang ketandusan isu untuk digunakan dalam kempen mereka yang bermula dengan langkah kiri kali ini. Ekoran perselisihan dalaman DAP yang menolak calon Melayu Dyana Sofya dan mahu calon Cina tempatan sebagai wakil DAP !



Blog pembangkang yang mengakui kehadiran hampir setiap hari DSAZH ke Teluk Intan bantu kempen PRK untuk BN



DSAZH bersama pemimpin BN lain kempen untuk BN di Pekan Baru Teluk Intan pada hari Selasa 27.5.2014 lalu

Terkini isu tidak kenang budi yang dimainkan dengan begitu hebat oleh pasukan siber Pakatan.

Kenyataan sebenar DSAZH ialah  mengikut blog Pisau : 

Naib Presiden Umno hari ini menyuarakan perasaan kesalnya terhadap masyarakat Cina, terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, memilih DAP dalam pilihan raya apabila sudah berjaya.

"Kalau sekali lagi orang Teluk Intan memilih DAP, saya sedih. Orang Melayu sedih, orang India lagi sedih, Cina tak apalah, dia berniaga macam-macam.

"Tetapi kalau tak ada org Melayu dan orang India tolong, beli barang dia, dia pun tak boleh berniaga. Betul tak ? Orang Melayu dan India tolong peniaga-peniaga Cina, betul tak?

"Dia dah senang, dia pun pilih DAP. Tak kenang budi, betul tak ?" soalnya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

Baca sepenuhnya kisah sabotaj penyokong Cina DAP Teluk Intan di sini http://www.pisau.net/zahid-peniaga-cina-tak-kenang-budi-betul-tak-sebab-tu-ismail-sabri-turun-berjihad/


Sebenarnya serangan ke atas DSAZH  bukan sahaja baru bermula bahkan telah lama semenjak melancarkan Ops Cantas memburu penjenayah yang mendapat pujian ramai pihak kerana berjaya membuatkan penjenayah lari ke luar negara untuk membuat tatoo mereka. 

Diikuti pelancaran pasukan STING yang menumpukan usaha melumpuhkan kegiatan dadah ke peringkat akar umbi hingga memanaskan hati kumpulan penjenayah dan pemimpin politik yang disokong dan menyokong mereka.

Semua sudah tahu gosip pembangkang dengan kumpulan gangster yang bagaikan irama dan lagu. Kerana itu apabila anggota polis mati mereka tidak bising seperti mana ketika penjenayah mati di dalam tahanan polis sehingga menampakkan sokongan mereka atas nama hak asasi dan keadilan hanyalah untuk penjenayah sahaja.

Semangat anggota polis juga telah bertambah dengan akta baru diperkenalkan iaitu PCA 2013 yang mana berjaya diluluskan walau mendapat tentangan majoriti pihak pembangkang. Ia seumpama taring yang dikembalikan kepada pihak PDRM demi memastikan penjenayah akan dihapuskan hingga ke akar umbi.

Sebagai portal popular walau hanya pandai memusing cerita, Malaysiakini juga tidak ketinggalan turut memainkan cerita nada yang sama. Memastikan imej Naib Presiden yang paling kanan ini akan jatuh sekaligus menjatuhkan sokongan dan membuka pintu kekalahan kepada Mah Siew Keong.

Keghairahan Malaysiakini bukan sedikit hingga telah mencabar tahap kesabaran YAB Perdana Menteri sehingga menghantar notis saman kepada portal pro Pembangkang beberapa hari lalu.



Kepimpinan DSAZH terutamanya dalam menangani Lahad Datu yang berjaya diselesaikan dalam masa yang singkat dengan serangan sebelum Subuh  ke atas kubu pengganas, juga telah membuka mata ramai pihak sehingga mereka telah melancarkan serangan besar-besaran mencari isu yang boleh menjatuhkan beliau.

Ia begitu berjaya sehingga ada juga kalangan kita yang terpengaruh lalu memulakan serangan ke atas DSAZH seperti isu British Oversea Citizens (BOC) yang akhirnya tenang selepas kenyataan media dikeluarkan. Yang mulanya dicetuskan oleh pemimpin DAP.

Kerana itu isu ugut pengundi, rasuah, perkauman dilemparkan dalam skala yang besar kepada DSAZH di alam maya oleh Malaysiakini terutama semasa PRK kali ini dengan taktik melaga-lagakan antara komponen adalah sudah dijangka.

Mereka telah memanipulasi kenyataan media DSAZH dan dilagakan dengan pemimpin MIC MCA sehingga membuatkan imej BN seperti telah punah ekoran kenyataan beliau. Walhal mengikut sumber sahih ia tidak benar dan hanya manipulasi atau spin oleh Malaysiakini.

Kenyataan balas pemimpin Umno Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menasihatkan agar jangan terpengaruh dengan taktik kotor ini bukti bahawa apa yang berlaku hasil manipulasi Malaysiakini dan portal pro pembangkang yang lain demi keuntungan pihak yang disokong oleh mereka terutama pembangkang.



Blog SAHABAT saya MyMassa telah mendedahkan dana asing yang mengalir ke Malaysiakini dan juga kawalan ke atas portal tersebut. 

Baca selanjutnya di sini 


Hakikatnya isu Cina tidak kenang budi sama seperti isu Melayu tidak kenang budi atau India. Jika mereka menyokong parti yang tidak membantu mereka dan membenci parti BN yang selama ini gigih membantu mereka hingga berjaya.

Maka Melayu Cina atau India yang menyokong Pakatan adalah dianggap melupakan jasa atau tidak mengenang budi walaupun hak memilih parti adalah hak mereka. 

Jika jasa BN membangunkan negara dan ekonomi sehingga kaum Cina dapat berjaya dan menguasai kedudukan 10 orang terkaya di Malaysia sudah dilupakan maka tidak salah jika Naib Presiden Umno DSAZH menyifatkan golongan Cina tersebut sebagai tidak mengenang budi.

Hanya India dan Melayu sahaja yang sedar dari dakyah pembangkang kerana mereka sudah nampak penipuan demi penipuan yang dibuat oleh Pakatan yang hanya pandai berjanji namun gagal ditepati.

Mungkin Cina di Teluk Intan akan membuktikan mereka juga berjaya membebaskan diri dari pukauan dan gertakan Pembangkang kali ini - dengan memilih BN secara total - yang mungkin menekan mereka dengan pelbagai cara untuk terus memberi undi kepada calon Pakatan walau tidak akan mampu berdasarkan pengalaman cetek Dyana untuk memacu Teluk Intan ke arah lebih cemerlang dan gemilang.

Kita yakin Cina di Teluk Intan akan berubah kali ini. Undilah BN untuk Malaysia dan Perak yang lebih berjaya.

Tidak mustahil Mah Siew Keong akan dilantik menjadi Menteri Pengangkutan jika beliau menang selepas MCA menolak jawatan yang diperuntukan kepada mereka hingga ke hari ini. 






Sent from my iPhone
Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate