Panglima selalu meminta isteri dan anak-anak mengunci kereta apabila berhenti sebentar di stesen pam minyak. Selain menguncinya ketika mahu membayar atau membeli.
Ini kerana jenayah boleh berlaku namun kita boleh cuba menghalangnya dengan mengambil beberapa langkah keselamatan.
Selain itu kayu panjang atau payung perlu diletak dalam posisi yang mudah dicapai dalam kereta jika berlaku sesuatu. Jangan biar kita kalah teruk sebelum bertarung. Pengunci kereta juga boleh dijadikan senjata.
Usahakan Tinted yang mampu menghalang cermin dipecahkan dengan mudah. Dengan kos sedikit ia boleh menyelamatkan nyawa atau harta benda.
Baca pandangan rakan Blogger Cucu Tok Selampit di bawah yang menyentuh isu budak dilarikan hari ini di Puchong yang tidak akan berlaku jika ibubapa tidak cuai dalam menjaga keselamatan anak mereka.
Sudah sampai masa kita mengenakan hukuman berat jika kecuaian menjadi punca menyebabkan berlaku jenayah di negara kita.
Hari ini media sosial dikejutkan dengan cerita kereta seorang Ustazah di Sekolah KAFA Puchong Perdana yang dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Di dalam kereta tersebut, yang enjinnya tidak dimatikan terdapat seorang kanak-kanak berumur 7 tahun dengan seorang bayi berumur 3 bulan. Kereta mangsa diletakkan di hadapan rumah pengasuh di Jalan Dahlia, pukul 7.00 pagi tadi dengan kedua-dua kanak-kanak dan bayi berkenaan masih tidur.
Syukurlah kedua-dua kanak-kanak dan bayi berkenaan ditinggalkan tanpa diapa-apakan di kawasan kilang perindustrian di Bukit Puchong. Bersyukurlah orang ramai yang prihatin menghantar semula kedua-dua kanak-kanak dan bayi tersebut ke sekolah berkenaan semula sejam selepas kes penculikan berlaku.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.