Pages

12 Jun 2014

Blogger BlogSerius Didakwa Kerana Celupar Hina YDP Agong di @Twitter - Syabas SKMM



Kalau dulu kerana mulut badan binasa kini kerana twitter atau facebook atau blog badan boleh binasa masuk penjara kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan undang-undang.

Semua pihak tidak terkecuali menerima hukuman termasuk blogger pro kerajaan seperti Papagomo atau Dr Novandri.

Jika ia masih lagi dianggap tidak adil maka di manakah lagi akan ada keadilan wahai pembangkan ???

Baca keterangan blog http://velocityhunt.blogspot.com/2014/06/punca-admin-blogserius-dipenjara-kerana.html di bawah :






Punca sebenar pemilik Blogserius kena saman sebab hina yang dipertuan Agong Malaysia. Pemilik laman Blogserius iaitu Effi Nazrel Saharudin (1Obefiend) telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap Yang Dipertuan Agong menerusi laman Twitternya. Dalam kenyataan itu, Effi Nazrel telah mempertikaikan fungsi Yang Di Pertuan Agong dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru, Effi Nazrel telah didakwa di Makhamah pada 9 Jun 2014 dibawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan kes akan dibicarakan semula pada 2 Julai 2014.

Terdahulu, Effi Nazrel telah melakukan kesalahan tersebut dengan mengeluarkan status menghina Agong menerusi laman twitter miliknya pada 1 Jun 2013 yang lalu.







Kenyataan Rasmi SKMM Isu Pemilik Blogserius Hina Agong







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.