Pages

12 Jun 2014

Ulama Terkenal Sheikh Solah Khalifa Kupas 'Cinta Negara' di @KDNPutrajaya Hadapan Menteri @Zahid_Hamidi dan Ketua-Ketua Agensi @Kbab51


gambar program :

Ucapan Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi 
sebelum sesi ceramah disampaikan


Kupasan dalam bahasa arab diterjemah bahasa Melayu 

Menteri meraikan Sheikh semasa sesi makan selepas program



Tetamu yang hadir

Gambar dari Page FB KDN Putrajaya https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri?fref=photo




Intipati ceramah Sheikh Solah disiarkan Sinar Harian :


Cintai negara antara cabang iman tertinggi
June 9, 2014


PUTRAJAYA - Perasaan cinta kepada negara merupakan satu daripada cabang iman tertinggi dalam Islam dan perasaan itu harus ada pada seseorang yang duduk di sesebuah negara, kata Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah, Imam dan khatib Masjid Saidina Jaafar, Jordan.

Katanya ini berdasarkan sepotong hadis Rasulullah SAW: "Keimanan itu ada 70 cabang, yang afdalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan."

"Membuang duri di jalan pun adalah satu daripada tanda keimanan kerana kita memikirkan keselamatan orang lain," katanya di hadapan kira-kira 200 jemputan ceramah dan jamuan tengah hari anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Ceramah yang dianjurkan bersempena kunjungan beliau ke kementerian itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara juga wajib dipelihara oleh orang yang tinggal di dalamnya demi kebaikan bersama.

Syeikh Solah Khalifah berkata dua nikmat yang diperoleh jika keselamatan sesebuah negara terpelihara ialah terhindar daripada rasa lapar dan takut.

"Melalui keselamatan, manusia akan terhindar daripada masalah kelaparan dan ketakutan dan ini merupakan tanggungjawab semua," kata beliau dalam bahasa Arab yang diterjemah ke Bahasa Melayu.

Katanya manusia yang tidak mampu untuk makan akan memberontak yang pada akhirnya akan membuatkan sesebuah negara kucar-kacir.

Sambil memuji sumbangan anggota polis, tentera dan pegawai keselamatan lain yang sentiasa bersiap siaga menjaga keamanan negara, beliau berkata golongan itu merupakan antara yang amat dekat dengan Allah di akhirat nanti.

"Dua jenis manusia yang tidak akan Allah bakar matanya di akhirat nanti ialah pertama golongan yang menangis kerana takutkan Allah dan kedua, mereka yang bersengkang mata untuk menjaga keamanan negara," katanya.

Syeikh Solah Khalifah berkata sikap cintakan negara juga terzahir pada peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang ketika itu menangis bila hendak keluar dari kota suci Makkah kerana terlalu sayangkan tempat kelahiran Baginda.

Malah, katanya, ketika berhijrah bersama sahabatnya, Abu Bakar RA, Baginda bersabda "Jika tidak kerana dihalau dan diganggu oleh orang kafir, aku akan tetap tinggal di sini kerana ini negara aku dan berjanji akan kembali ke Makkah". - Bernama





Panglima : sesi bersama ulama patut dibuat semua pemimpin / menteri di jabatan mereka untuk menyuntik elemen kerohanian kepada pegawai dan ketua agensi / jabatan secara berkala. 

Memandangkan integriti sangat penting di dalam sesebuah organisasi maka kita perlu menjadikan program ini sebagai program yang mesti dibuat oleh setiap jabatan terutama yang berkaitan dengan agensi penguatkuasaan.

Kegagalan penguatkuasaan berkaitan integriti yang berpunca dari kelemahan iman yang disebabkan oleh faktor kurangnya ilmu dari ulama yang barokah. 

Ramai ustaz boleh berbicara bab agama namun mencari ulama yang barokah dan warak sangat sukar di saat ini.

Ilmu yang barokah terhasil dari sanad pengajian yang bersambung kepada Rasulullah saw.

Tahniah kepada KDN atas pengajuran ini dan semoga ia diikuti Agensi dan Jabatan lain...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.