Pages

24 Julai 2014

#Repost : Tips Buat 'Air Cond' Dengan Kos Sangat Murah Atasi Musim Panas



'home made air conditioner" @ air cond buatan sendiri :)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman..
Apa khabar anda semua? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi Nya ini. InshaAllah..

Okay, kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menghasilkan "home made air conditioner" atau aircond buatan sendiri, hehe..

Di sebabkan cuaca yang agak panas sekarang, ia telah mendorong saya dibantu oleh adik saya untuk menghasilkan kipas ber 'air cond'. Tujuannya tidak lain ialah untuk mendapatkan hembusan angin sejuk seolah olah dihembus oleh angin yang datang dari kipas air cond.

Lagi pun idea ini telah banyak dihasilkan oleh kebanyakan masyarakat di merata tempat di luar negara. Cuba google atau layari youtube dan taip "home made air conditioner".

Cara kerjanya mudah saja iaitu apabila kita onkan pam akuarium, ia akan mengepam air dari dalam bekas ke 'clear hose pipe' dan seterusnya ke tiub kuprum sebelum air itu akan kembali semula ke dalam bekas air. Apabila ais diletakkan di dalam bekas, maka air yang mengalir akan menjadi sejuk seterusnya menyejukkan tiub kuprum. Apabila kipas angin dionkan, ia akan menghembuskan angin sejuk melalui tiub kuprum yang dillingkarkan di depan penutup kipas itu tadi.

Mula-mula kita sediakan bahan2 yang diperlukan, antaranya ialah :

- Kipas angin berdiri (senang nak bawa ke sana ke mari),
- Copper tube @ tiub kuprum saiz 1/4" (untuk kerja2 air cond dan peti sejuk),
- Clear hose pipe,
- Cable tie,
- Bekas (untuk letak air + ais),
- pam akuarium,
- alat tangan seperti playar, cutter dsb.

- Copper tube @ tiub kuprum,

























- Clear hose pipe,






















- Cable ties,



















- pam akuarium,






- Okay, langkah pertama kita lilitkan tiub kuprum tadi mengikut saiz penutup kipas yang akan dipasang nanti.











- Kemudian, letakkan 'cable ties' untuk mengikat tiub kuprum ke penutup kipas.



- Sambungkan 'clear hose pipe' pada ke dua hujung tiub kuprum tadi. Satu untuk air masuk dan satu lagi untuk air keluar.







- Sambungkan 'clear hose pipe' tadi ke pam akuarium dan masukkan air ke dalam bekas.











- Seterusnya masukkan ketulan ais bagi membantu menyejukkan air di dalam bekas yang mana air sejuk ini akan mengalir ke dalam tiub kuprum lalu tiub kuprum yang sejuk tadi akan ditiup oleh kipas angin.










- Sedia untuk diuji.





- Oleh kerana apabila sejuk, tiub kuprum ini akan berpeluh maka air akan menitik ke bawah, jadi plastik terpaksa digunakan untuk melapik punatekan kipas.



- Nah sekarang, anda boleh merasai hembusan angin sejuk daripada kipas ini. :)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
wai bee, Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.