Pages

28 Julai 2014

Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel | MYKMU.NET

Tindakan rangkaian penyiaran Astro melantik syarikatberasal dari Israel, Amdocs, bagi menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya, merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Lebih serius ialah Astro kemungkinan besar secara tidak langsung telah membenarkan Israel mendapat akses maklumat ke atas lebih sejuta rakyat Malaysia melalui syarikat ini. Apakah jaminan data pelanggan astro terutamanya orang Islam dan pemimpin Islam di negara ini tidak sampai kepada Israel?

Sungguhpun Astro mendakwa Amdocs kini merupakan syarikat senaraian awam di New York Stock Exchange (NYSE) namun, ia tidak boleh menolak hakikat syarikat terbabit masih mempunyai unsur Israel dan Zionis yang kuat.

Eli Gelman 09Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amdocs, Eli Gelman sendiri mengakui mereka cuba bergerak secara di bawah radar (low -profile) dan menyingkirkan imej-imej Israel dalam penampilan mereka.

"We're known for keeping quiet," says Gelman, who has been with the company for 25 years and has served as CEO since replacing Dov Baharav in November 2010. "That's one of our core values. We focus on our work. We are very un-Israeli in that sense."

Namun, hakikat sebenarnya ialah nadi syarikat ini berada di Israel. Inkubator Amdocs adalah berpusat dan "milik" Israel. Sungguhpun telah berkembang di luar jangkaan dan mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat dan sebahagian besar pekerjanya bukan rakyat Israel, tetapi pusat penyelidikan dan maklumat serta pengurusan tertinggi mereka masih berpusat di Ra'anana, Israel.

Amdocs grew over the years to an unprecedented size for an Israeli company and, in the process, lost a good deal of its Israeli character. The company's headquarters is now in St. Louis, Missouri, and while its largest research and development center is located in Israel and top management still sits in Ra'anana, most of its employees aren't Israelis. Still, some things never seem to change.

Dengan kata lain, keseluruhan maklumat pelanggan Astro disimpan dan dikuasai oleh sebuah syarikat di negara Israel. Bagaimanakah ia boleh terjadi memandangkan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah mengharamkan pemegang pasportnya memasuki Israel?

Astro harus menjawab isu ini atau kerajaan harus menubuhkan dihadapkan ke Suruhanjaya khas menyiasat pengkhianatan ke atas polisi dan kepentingan Malaysia.

Kita mahu tahu bagaimana syarikat ini mendapat kontrak dari Astro. Adakah mereka memberi tawaran yang rendah? Jika demikian, mengapa mereka memberi tawaran yang rendah kepada Astro jika bukan untuk mendapat akses ke atasa data-data rakyat negara ini?

Sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilan Astro bukanlah begitu rumit dan kompleks sehingga memerlukan Astro melantik syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat dalam negara pun mempunyai kepakaran sedemikian biar pun tidak sehebat Amdocs.

Astro perlu ingat bahawa sebahagian keuntungan syarikat tersebut dikaut melalui siaran-siaran berbahasa Melayu yang majoriti pelanggannya adalah orang Melayu dan Islam.

Kita juga menunggu reaksi pemimpin-pemimpin Islam negara ini. Kita juga mahu melihat reaksi badan-badan bukan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam. Paling penting kita mahu melihat reaksi kerajaan terhadap isu ini.

Kerajaan harus gantung semua kontrak dengan Astro, malah jika perlu tarik balik lesen mereka.

http://www.mykmu.net/?p=45626


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.