Pages

22 September 2014

Blog REZQEEN HILL - @MPKotaBelud Rahman Dahlan Selar Niat Buruk Blogger Fitnah Presiden UMNO @NajibRazak Ditolak Majoriti Ketua Bahagian



Sama ada cuba memandai-mandai mensensasikan cerita atau pun mungkin maklumat yang diterima tersebut tidak tepat dan si Blogger ini cuba mencari populariti kononnya dakwaannya adalah benar.

Bagi Pembaca yang tidak mengetahui kisah sebenar, mungkin akan menerimanya bulat-bulat tanpa menyiasat / membuat rujukan terlebih dahulu. Tetapi tidak bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau menyelar dakwaan Blogger terbabit kononnya satu perjumpaan telah diadakan melibatkan YAB Perdana Menteri @ Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak bersama-sama Ketua UMNO Bahagian seluruh negara dan hanya 70 orang saja hadir daripada jumlah keseluruhan 191 orang / bahagian.

"Bukan 70 orang Ketua Bahagian yang hadir seperti yang didakwa oleh Blogger tersebut. Yang hadir 180 dari 191 Ketua UMNO Bahagian", katanya.

Beliau turut menjelaskan lagi baki 11 orang Ketua UMNO Bahagian yang tidak hadir kerana mempunyai urusan peribadi yang tak dapat dielakkan, mempunyai aturcara kenduri kahwin dan berada di luar negara.


Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini secara tradisinya perjumpaan yang diadakan bukan pertama kali tetapi ia merupakan tradisi yang diamalkan oleh Presiden UMNO bagi menerangkan serta membincangkan isu-isu semasa.

"Blogger tersebut kata PM nak jumpa tapi Ketua UMNO Bahagian tak nak datang. Lalu Blogger itu buat kesimpulan PM tidak dapat sokongan.

"Saya rasa Blogger ini dah terlebih imaginasi. Fakta semua berterabur", kata beliau dalam account twitternya, @mpkotabelud.

Beliau kesal dengan tanggapan pihak Blogger yang tidak bertanggungjawab ini kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat dan boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO berantakan sesama sendiri.


http://riziqin.blogspot.com/2014/09/rahman-dahlan-selar-niat-buruk-blogger.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.