Pages

25 September 2014

Blog2 Pakatan Hentam Zuraidah @YBZ99 Hina PAS Isu Exco Selangor



Kenyataan YB Zuraidah mengenai kerusi Exco PAS ialah : 





Blog Anak Sungai Derhaka, sebuah blog yang popular kalangan pembaca blog politik yang pro pembangkang menghentam kenyataan YB Parlimen Ampang Zuraidah yang membuat kenyataan berkenaan Exco baru Selangor yang mengguris penyokong PAS yang membacanya.


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Zuraida perlu gunakan otaknya untuk berfikir dalam kerangka yang lebih besar dan jauh kehadapan..

Bukannya bercakap dengan perasaan dendam yang masih belum padam..

Apa yang penting sekarang ialah perbetulkan semua kesilapan dan rapatkan kembali keretakan yang telah berlaku..

Bukannya membalas dendam!!




seterusnya :



Tapi persoalan utamanya ialah layakkah Zuraida ini memberikan nasihat kepada Azmin?

Semasa pemilihan 2014 dia berada dalam kem Azmin menjadi penyokong tegar kepada Azmin, kemana Azmin pergi adalah dia.. Apa saja Azmin kata dialah yang akan bersungguh-sungguh mempertahakannya..

Tiba-tiba dia membuat kejutan dengan melarikan diri meninggalkan Azmin menyokong Wan Azizah pulak sebagai Calon Menteri Besar..

Membacakan kenyataan media yang dikatakan telah ditukar yang dibuang nama Azmin dari senarai calon Menteri Besar dari PKR itu..

Sekarang bila Azmin dah diperkenan oleh Sultan sebagai Menteri Besar.. dia kembali nak menyokong Azmin pula... macam lalang la lu...



Baca selanjutnya di blog tersebut http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/09/zuraida-sepatutnya-berfikir-sebelum.html


Sebuah blog lain juga mengutuk Zuraidah iaitu blog Ameno World http://www.amenoworld.net/2014/09/zuraidah-desak-hadi-mohon-maaf-pas.html yang pro PKR




Beliau menulis dengan lebih keras :

Zuraidah katakan Hadi perlu minta maaf pada DSWA kerana menghina wanita itu.

Apa yang Hadi hina? Hadi tidak hina. Ia adalah pendapat peribadi dia tentang kredibliti, kemampuan dan kelayakkan DSWA berkaitan pentadbiran negeri.

Dia beri ulasan berdasarkan pemerhatian dia bahawa DSWA tiada ketokohan sebagai ketua pemimpin negeri. Gunakan perkataan yang betul untuk mengambarkan situasi. Jangan main petik sebarangan aje. Orang beri pendapat dikata hina. Orang berdoa sambil mengulas masalah dituduh melaknat. Kita cipta fitnah. Dan kita nak sakit ahti atas fitnah yang kita cipta. Betul ke kita neh? Macam sakit otak aje aku tengok. 

Yang sebenarnya si Zuraidah neh melebih2. Oleh kerana DSWA sendiri menerima kritikan tersebut, secara terbuka, berlapang dada, buat kenyataan media, maka tindakan Zuraidah, bahkan Tony Pua sekalipun akan ditafsirkan sebagai tindakan membodek.



Di twitter juga penyokong PAS seperti PAS kawasan SIK turut menghentam Zuraidah

sila klik https://twitter.com/pemudapassik/status/514967519870734336

Kenyataan berbunyi :

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik mendesak YB Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR,berhenti menekan Presiden PAS kami.....Jangan cuba mencari kesalahan Presiden PAS kami.



Ia turut disokong oleh pengguna twitter yang lain :


x suka zuraidah,gelojoh bila kuar sttmnt



Kenapa puaka sangat mulut Zuraidah ni..



Panglima nampak perpecahan makin ketara dalam Pakatan. Akibat Anwar Ibrahim mahu menguasai Selangor maka banyak perpecahan yang berlaku. Bagi kita perpecahan musuh politik adalah satu keuntungan namun kita juga bersimpati kepada rakan yang menyokong PAS PKR yang telah kerugian masa dan tenaga mereka menaikkan manusia seperti Zuraidah atau Anwar atau Azizah sehingga negara menjadi kucar kacir dan huru-hara.


Semoga rakyat akan kembali sedar dan PAS juga akan mendapat petunjuk Allah lalu keluar dengan segera dari Pakatan untuk berjuangan seorang diri atau dengan membantu UMNO/BN memerintah negara untuk kebaikan semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.