Pages

22 September 2014

Tongkat Nik Aziz Hadiah Sami Ditulis Bahasa Sanskrit Doa Beliau Sihat - Apa Hukum Islam Percaya Selain Allah ???





Menerima hadiah tidak salah dari sesiapa pun. Namun mempercayai manfaat dan mudarat selain dari kuasa Allah pada tongkat yang dihadiahkan adalah satu perkara yang dikhuatiri menghampiri lembah syirik dan menyesatkan penyokong PAS. 

Tindakan Sami memberi hadiah kepada Nik Aziz adalah tindakan terpuji namun di sisi Islam kita tidak boleh percaya kepada ajaran agama selain Islam termasuk percaya ia mampu memberi kebaikan kesihatan dan sebagainya. 

Pendedahan oleh Nik Aziz sendiri seperti video di atas sangat merisaukan kita sebagai umat Islam kerana ia berupa tongkat mengandungi tulisan bahasa Sanskrit (lihat minit 0.29) diberi oleh sami Buddha yang boleh membawa kepada kepercayaan agama mereka juga benar seperti Islam. 

Kata beliau 'saya tanya orang yang pandai-pandai mereka kata ini doa sami-sami supaya tokguru sihat'  pada minit 0.30 video.
Inilah yang dikata fahaman pluralisme iaitu mengiyakan agama lain juga benar seperti agama Islam walhal sebagai umat Islam kita dilarang menyamakan agama Islam dengan agama lain dari aspek kebenaran dan kesuciannya. Kerana Allah menjelaskan hanya Islam yang diredhaiNya sebagai agama.

Meskipun agama Yahudi dan Kristian diajar oleh Nabi yang diiktiraf oleh Islam dan disebut di dalam Al Quran namun kita dilarang mengiktiraf agama lain juga sama benar dengan agama Islam. 

Kita berharap alim ulama akan memberi pandangan dalam hal ini kerana ucapan Nik Aziz yang membawa tongkat tulisan agama Buddha yang didakwa boleh memberi kebaikan untuk kesihatan adalah berbahaya kepada akidah umat Islam.

Kita hormat agama mereka namun kita dilarang untuk mengatakan semua agama adalah sama dan benar untuk diterima sebagai agama kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.