Pages

04 September 2014

Wartawan @Malaysiakini ditahan @pdrmsia berhubung artikel #PPS

Post Pic

 

GEORGETOWN: Wartawan Malaysiakini yang disiasat bawah Akta Hasutan berkaitan tulisannya berhubung temu bual dengan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis.
 
Susan Loone ditahan ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.
 
Beliau dijangka dibebaskan dengan jaminan polis malam ini.
 
Susan sebelum ini hadir ke IPD itu memberi keterangan kira-kira jam 3 petang.
 
Siasatan itu ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang.
 
Kumpulan yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Azudin itu menggesa polis bertindak terhadap Susan dan Malaysiakini kerana didakwanya memfitnah polis.
 
Artikel dipertikaikan itu bertajuk "Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah'," yang diterbitkan pada Isnin.
 
Ia terjemahan Bahasa Malaysia artikel dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like 'criminal'," yang diterbitkan pada hari sama. - malaysiakini


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.