Pages

08 Oktober 2014

Curi Wang Di ATM Guna Getah Nangka

Filipina: Curi wang di mesin ATM dengan getah nangka


MANILA 8 Okt. - Pencuri di Filipina dilaporkan menggunakan getah pokok nangka untuk merompak mesin pengeluaran wang auto­matik (ATM) dari bank, lapor polis negara ini, semalam.
Getah nangka itu menurut polis akan dicalit pada logam yang terdapat di dalam tempat pengeluaran wang yang mengakibatkan sebahagian wang yang dikeluarkan orang ramai akan melekat pada getah tersebut.
Pencuri kemudiannya akan datang mengambil habuan mereka selepas pelanggan beredar dari mesin tersebut, tanpa menyedari baki wang yang dikeluarkan masih terlekat pada mesin itu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.