Othman menjelaskan,
Jakim telah membuat semakan dengan ROS, Kementerian Dalam Negeri, dan
dimaklumkan bahawa entiti-entiti murtad tersebut tidak berdaftar.
KUALA LUMPUR, 14
Oktober:
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) menerima aduan berhubung kewujudan beberapa entiti seperti Interfaith
Commission (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama, Persatuan Melayu
Kristian, Pertubuhan Melayu Murtad dan seumpamanya, yang dikatakan telah
berdaftar secara sah.
Ketua Pengarahnya, Datuk
Othman Mustapha, berkata perkara itu tersebar di media sosial yang sekaligus
mengundang kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam, kerana ia boleh
mengancam kedudukan Islam serta menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum
di negara ini.
“Jakim telah membuat
semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam
Negeri, dan dimaklumkan bahawa entiti-entiti tersebut tidak berdaftar.
“Jakim juga mendapati,
isu ini telah pun timbul beberapa tahun lalu dan ditimbulkan berulang kali
dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, cadangan
penubuhan IFC telah dibincangkan dan dibantah pelbagai pihak, termasuklah
Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri.
“Berkenaan pertubuhan
yang dikaitkan dengan orang Melayu murtad pula, jika dilihat kepada laman
kumpulan Facebook (Facebook group page) atau laman blog, kumpulan yang
mempromosikan gerakan murtad telah lama bertapak dan semakin berkembang.
“Isu ini telah lama
berlegar di media sosial, cuma sejak kebelakangan ini, ia semakin hebat
dibincangkan,” katanya.
Beliau berkata,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai bidang kuasa
dalam perkara berkenaan dan sentiasa menjalin kerjasama dengan Jakim serta
Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani isu itu.
“Ia bagi menangani
isu-isu seperti ini, bagi memelihara kesucian Islam dan membendung umat Islam
daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam.
“Jakim berharap dan
ingin memberi nasihat kepada umat Islam, supaya sentiasa berwaspada terhadap
isu-isu seperti ini dan memberi bantuan dengan menyalurkan maklumat, sekiranya
timbul sebarang keraguan atau kemusykilan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.