ROKETKINI : 'Siasat Zahid Hamidi bawah Akta Hasutan hanya sandiwara' – Kit Siang
15 Oktober 2014
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis telah mengambil keterangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Hasutan adalah sandiwara semata-mata.
Kata Kit Siang, jika polis benar-benar berlaku adil, siasatan juga perlu dibuat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kerana laporan turut dibuat ke atas mereka.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid bahawa Zahid bukan sahaja telah memberi keterangan, malah menyerahkan dua hari lalu semua bukti ucapan yang didakwa menghasut.
Zahid juga mengesahkan perkara tersebut malah dengan angkuh berkata "menyerahkan kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasat menteri yang menjaga polis".
"Bolehkah polis beri jawapan, mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu?
"Waktu pengumuman Khalid juga mencurigakan, menjelang 'Solidarity Walk' anjuran Majlis Peguam bagi membantah siri dakwaan Akta Hasutan yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan.
Maka, katanya lagi, pengumuman Khalid tadi hanyalah sandiwara bagi menunjukkan polis berlaku adil dengan menyiasat sesiapa sahaja.
Pada 23 September lalu, Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh membuat laporan polis terhadap Zahid yang membuat fitnah jahat, kononnya DAP membaling batu kepada kereta Tengku Mahkota Perak ketika kemelut rampasan kuasa BN di negeri itu pada tahun 2009.
Namun, di sebalik janji Zahid bahawa polis akan menyiasat semua laporan berhubung hasutan dalam masa 24 jam, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah Khalid membuka mulutnya pagi tadi.
Katanya lagi, pengumuman Khalid itu hanyalah menjadi ejekan kepada 'sumpah' Zahid itu.
"Tambahan pula adakah polis cuba beritahu bahawa mereka mampu mengajukan kepada Pegum Negara agar Menteri Dalam Negeri di bawah Akta Hasutan?
"Omong kosong sahaja (tell it to the marines)," ujar Kit Siang – Roketkini.com
PANGLIMA : JIKA KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK POLIS DIPERTIKAIKAN MAKA RAKYAT SUDAH TENTU AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SAMA DENGAN MENOLAK INTEGRITI PIHAK POLIS DALAM KEHIDUPAN MEREKA.
HIDUP TANPA PERLEMBAGAAN EKORAN KEBENCIAN DAN KETIDAKPERCAYAAN KEPADA POLIS SANGAT BAHAYA DAN WAJAR DIKECAM SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN TIDAK MAHU GANGSTERISME MENGUASAI KEHIDUPAN.
BILA PEMIMPIN DAP LIM KIT SIANG MENGANGGAP SIASATAN SATU SANDIWARA MAKA KITA NAMPAK BELIAU SEPERTI MENGHASUT RAKYAT MENOLAK KEWUJUDAN POLIS UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA.
MELAYU CINA INDIA SEWAJARNYA MENOLAK KENYATAAN LIM KIT SIANG INI DAN MENGECAM SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BELIAU MENUDUH SIASATAN POLIS HANYA SANDIWARA.
ADAKAH KERANA RAMAI PEGUAM BERSAMA DAP MENYEBABKAN MEREKA BEGITU BERANI SEHINGGA TAHAP INI ?
SUDAH SAMPAI MASANYA JUGA PEGUAM YANG BERPOLITIK TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN GUAMAN KERANA BANYAK KES POLITIK YANG DIDAKWA DI MAHKAMAH DAN BOLEH MENJADIKAN MEREKA TIDAK ADIL DI DALAM MEMBERIKAN PANDANGAN DAN MENJALANKAN AMALAN GUAMAN YANG SEPATUTNYA BERTINDAK UNTUK KEBAIKAN RAKYAT SELURUHNYA BUKAN UNTUK PARTI MEREKA SAHAJA.
PEGUAM SEPERTI AHLI AGAMA KERENA MEREKA BOLEH MEMBUAT TAFSIRAN MENGIKUT KITAB ATAU BUKU ATAU MEMBUAT TAFSIRAN MENGIKUT HAWA NAFSU.
INI KERANA SEMAKIN BANYAK KES DI MAHKAMAH KERANA POLITIK BOLEH MENJADIKAN PEGUAM MENDAPAT KEUNTUNGAN SECARA TIDAK LANGSUNG ATAS KEJADIAN TERSEBUT.
BACA TENTANG TABUNG GUAMAN YANG DIBUAT UNTUK PEMIMPIN POLITIK
http://www.malaysiawaves.net/2010/04/laporan-perkembangan-tabung-guaman.html
BACA JUGA LAPORAN DI SINI BILA PEGUAM MEWAKILI AHLI POLITIK PEMBANGKANG http://www.anwaraidc.com/?p=26605
Semalam, Rafizi dan Johari didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan melanggar Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Mereka tidak mengaku salah atas dakwaan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah menuntut agar wang jaminan terhadap Rafizi dan Johari dikenakan sebanyak RM100,000 sebelum peguam pembela, N. Surendren merayu agar mahkamah mengurangkannya.
Pihak pendakwa juga meminta agar mahkamah menahan pasport antarabangsa milik Rafizi
Rafizi dan Johari diwakili oleh peguam N. Surendran yang juga Naib Presiden PKR.
PEGUAM YANG BEBAS DARI PENGARUH POLITIK SAHAJA YANG MAMPU MENEGAKKAN PERLEMBAGAAN MENGIKUT YANG SEBENARNYA.
MARI KITA BERSATU UNTUK MEMPERTAHANKAN INSTITUSI YANG MENJAGA KEAMANAN NEGARA SEPERTI POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN HANYA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSYUKUR ATAS NIKMAT KEMAKMURAN DI NEGARA KITA SAHAJALAH YANG AKAN MEMPERTAHANKANNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.