MB Selangor arah beku akaun
Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Icka S Hassan
Shah Alam: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengarahkan bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Faekah Husin berkata, arahan itu dikeluarkan pada 25 September 2014.
"Saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Tindakan pantas Menteri Besar baru ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
"Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak," katanya.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.