PULAU PINANG 8 Okt. - Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP),
Iszuree Ibrahim yang digantung tugasnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang
tidak akan tunduk pada tekanan yang diterimanya termasuk daripada Pas
negeri yang mahu beliau memohon maaf.
Dalam masa sama, beliau mengesahkan diberi dua pilihan iaitu sama ada
memohon maaf kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang atau disingkirkan
jawatannya dalam MPPP jika tidak berbuat demikian
"Ya, perkara itu merupakan keputusan mesyuarat melibatkan pemimpin
Pas negeri dengan DAP, namun saya kekal dengan pendirian untuk tidak
memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan