Pages

14 Oktober 2014

(Video) 7 Sebab Saifuddin Abdullah Perlu Dibuang Dari UMNO



Copy Paste dari blog Rakyat Post


Artikel ini bertujuan untuk membuat rumusan samada Saifuddin Abdullah ini ialah seorang yang masih relevan kehadirannya dalam arena politik Malaysia di bawah panji-panji UMNO ataupun tidak. Apakah perlakuan-perlakuan dan aktiviti beliau mencerminkan wajah UMNO atau sebaliknya. Tindakan segera perlu diambil dalam meneliti liabiliti yang ditanggung oleh UMNO akibat menanggung biawak hidup. 

video
Klik Video

Ahli Politik UMNO Yang Gagal?

Ramai yang perasan tentang kewujudan sosok bernama Saifuddin Abdullah ini di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Gagal mempertahankan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi akibat gagal mempertahankan kerusi BN di ParlimenTemerloh, ternyata slogan 'new politics' nya tidak relevan. 'Result' menjelaskan semuanya.

Gagal mendapat kepercayaan majoriti warga Temerloh kerana suka berkata "itu bukan kerja saya" apabila timbul masalah tempatan, nyata Saifuddin ini bukanlah seorang yang 'berjiwa rakyat'. Gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, adalah kayu ukur jelas bahawa Saifuddin ini tidak diterima oleh akar umbi UMNO.

Dari sudut hubungan Saifuddin dengan media pro-kerajaan termasuk media, sudah diketahui ramai ia amatlah keruh. Tidak mesra media offline dan online akibat kesombongannya membuatkan media malas lagi untuk 'memperbaiki' imejnya yang makin buruk di mata majoriti orang Melayu dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang lain.

Maka, dari segi profesyennya sabagai ahli politik UMNO, Saifuddin ini ialah seorang politikus UMNO yang gagal.

'Trojan Horse' Anwar Ibrahim?

Seseorang individu boleh dikenali sebagai Trojan Horse apabila memiliki tanda-tanda tertentu. Tanda-tanda tersebut boleh dibaca dari segi perangai, ucapan, 'body language' dan keputusan-keputusannya yang sering bertentangan dengan ketetapan umum di tempat Trojan Horse tersebut berada.

1.       Membelakangkan Kerajaan dengan berkempen mansuhkan AUKU

2.       Memberi sokongan kepada gerakan mahasiswa anarki

3.       Mengatakan isi kandungan Buku Jingga adalah baik

4.       Menyebut Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang hebat di hadapan mahasiswa UM

5.       Menjadi jemputan dalam setiap majlis-majlis anjuran NGO-NGO dan gerakan liberal

6.       Menjadi sahabat kepada banyak individu-individu anarki dan anti establishment

7.       Menjadi pemuka utama gerakan mansuhkan Akta Hasutan (1948)

Menentang AUKU yang mendisiplinkan para pelajar IPTA/IPTS

SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik, persatuan dan pertubuhan yang menyalahi undang-undang, badan atau kumpulan yang ditetapkan tidak boleh oleh Menteri selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.

Persoalannya, kenapa undang-undang yang bertujuan untuk mendisiplinkan pelajar pula beriya-iya mahu dimansuhkan? Andaikata dilihat kepada tokoh-tokoh muda pembangkang sekalipun, ramai di antara mereka adalah dari golongan cerdik pandai yang lahir di bawah AUKU. Apa masalahnya? Malah ramai 1st Class Malays hari ini pun belajar di IPT di bawah AUKU. 

Namun, apa yang diperolehi oleh budak-budak macam Adam Adli, Khalid Ismath, Safwan Anang dan ramai lagi yang segolongan dengannya dengan melawan AUKU ini? Zero.

Saifuddin Abdullah dan Gerakan Hapus Akta Hasutan.



Sebagai sosok UMNO yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, Saifuddin sepatutnya sudah memahami darah daging perjuangan yang sepatutnya dibawa olehnya. Bukan menjadi seperti Chua Jui Meng, Saifudin Nasution, Muhammad Taib atau Anwar Ibrahim yang sangat hipokrit. Apakah faedahnya menjadi hipokrit dan talam dua muka? Nah, kalau benar bukan Trojan Horse, angkat sajalah kaki dari UMNO dan peluk sajalah Anwar Ibrahim. Sama-sama MCKK pun. Satu sekolah.

Dalam video ucapan Hari Malaysia oleh Saifuddin dalam Dewan Cina bersama budak-budak Anarki dan orang-orang kuat pakatan rakyat, dia jelas menekan presiden UMNO, Najib Razak sendiri untuk mansuhkan Akta Hasutan yang bertindak untuk mencegah perbuatan menghasut yang boleh menjejaskan keamanan negara. Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara majmuk berbilang kaum yang sebenarnya memerlukan perlindungan undang-undang daripada tindakan menghasut. 

Kemanan negara ini sebenarnya sangat 'fragile' dan mudah dihuru-harakan dengan hanya menimbulkan sedikit 'spark' sahaja. Isu-isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan isu-isu lain yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mudah dipermainkan akhir-akhir ini. Pelbagai hinaan, cacian dan hasutan yang dibuat agar institusi Raja-Raja Melayu dihapuskan misalnya, adalah satu cubaan jahat yang mencabar jiwa dan perasaan sanubari majority orang Melayu di negara ini. Maka ramai yang didakwa di bawah Akta Hasutan ini kerana kebiadaban tersebut.

Lalu apakah halangan mereka kepada matlamat mereka? Tentulah Akta Hasutan (1948) ini yang menjadi batu penghalang yang menyekat niat jahat dan mulut jahat mereka untuk bercakap sesuka hati menyebarkan dakyah kepada khalayak umum.

Bukan saja menekan presiden partinya sendiri, dia turut menyindir rakan-rakan partinya yang berdiri teguh mempertahankan Akta Hasutan yang boleh mendakwa ahli parlimen mulut lancang di dalam Dewan Rakyat. Apakah dosa undang-undang yang akan menghalang sesiapa daripada menghasut dan memburukkan  institusi raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama Islam, dan banyak lagi asas-asas penting dalam negara ini?

5 Soalan untuk Saifuddin

1.       Adakah Saifuddin Abdullah suka semua orang bebas bercakap sesuka hati tanpa adab dan peraturan berbanding kepentingan untuk keamanan dan keharmonian negara yang berbilang kaum?

2.       Butakah mata dan pekakkah telinga Saifuddin Abdullah ini dengan posting-posting menghasut di media massa dan internet yang terus menerus mencabar asas-asas negara ini?

3.       Kenapa Wanjie yang mahu Malaysia menjadi negara Republik, mahu mansuhkan institusi Raja-Raja Melayu dan anarki itu lebih dipertahankan dan dibela oleh Saifuddin Abdullah kononnya sebagai kebebasan bersuara?

4.       Apa niat tersirat sebenar Saifuddin ini yang mempergunakan istilah 'new politics' untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti 'anti-establishment' yang sangat jelas dipengaruhi gerakan-gerakan konco-konco Anwar Ibrahim?

5.       Adakah Saifuddin Abdullah ini masih ingat dan tahu apakah dia 6 asas-asas dan tujuan utama UMNO selaku parti yang diwakilinya?

Pecat Keahlian UMNO Saifuddin Abdullah?

Tindakan-tindakan menongkak arus yang dipamerkan oleh Saifuddin Temerloh ini jelas menunjukkan perjuangannya bertentangan dengan dasar-dasar perjuangan UMNO. Memiliki belang yang sama seperti Zaid Ibrahim, Saifuddin ini wajar dipecat saja kerana menjadi duri dalam daging di dalam UMNO. Ibarat barah, kalau lambat dicegah maut menunggu. 

Percayalah, tidak akan ada gelombang yang akan mengikuti jejak Saifuddin ini bila dibuang nanti. Hanya ombak-ombak kecil yang tiada kesan lansung saja yang terjadi. Itupun, datang daripada puak pembangkang sahaja. Janganlah risau, parti-parti pembangkang terutamanya PKR sajalah tempat pembuangan sampah-sampah UMNO. Paling tidak pun, Muhammad Muhammad Taib pun membuangkan dirinya ke dalam PAS kononnya bagi mencuci dosa-dosanya yang telah lalu.

Apakah track record Saifuddin Abdullah semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selain memansuhkan beberapa bahagian dalam AUKU? Zero. Selain itu, track record Saifuddin Abdullah ini hanyalah memperjuangkan pemansuhan ISA dan hari ini, mahu mansuhkan Akta Hasutan pula. Apa lagi yang dia tahu? Mansuh, mansuh, mansuh! Kemudian, bersakan dengan anarki dan puak Pakatan Rakyat.

Pertahankan Akta Hasutan (1948)

Kata orang-orang lama, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. ISA telah dimansuhkan oleh UMNO sendiri mengakibatkan PDRM gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. SOSMA pula takkan dapat menandingi kekuatan ISA yang telah dibunuh oleh kerajaan.
Sedang negara-negara maju seperti Singapura masih memiliki ISA dan Amerika Syarikat memiliki Patriot Act, kenapa negara kita mengambil langkah ke belakang hanya kerana ditekan orang-orang bodoh yang mengatakan undang-undang tersebut sebagai 'draconian' dan tidak baik?

Wahai UMNO, buang sajalah biawak yang dipikul UMNO selama ini. Cabut sajalah duri yang melekat dalam daging UMNO selama ini. Dan jangan buang masa lagi memelihara sosok yang kononnya cerdik pandai sangat ini. Tidak elok untuk kita bersikap double standard dengan Zaid Ibrahim.

UMNO jangan jadi macam PAS

Adakah UMNO juga mahu menerima nasib yang sama seperti PAS yang sudah dicrett dengan benih-benih proksi Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan wujudnya golongan Anwarinas di dalam PAS? Mungkin pelik pemikiran ini untuk terjadi dalam UMNO, namun inilah politik. Semuanya adalah possible. UMNO wajib hapuskan semua kuda tunggangan, trojan horse, tali barut, Si Kitol, you name it lah siapa saja dalam UMNO ini sebelum terlambat dan jadi macam PAS. 

Apabila dihitung dan dicongak kembali, tidak akan ada apa-apa gelombang pun yang akan timbul hasil dari tindakan membuang 'pemimpin' yang sebegini. Percayalah, banyak lagi perkara-perkara anti-establishment yang dibuat olehnya termasuklah mengkritik menteri undang-undang sendiri, tanpa mengikut saluran dalaman. Maka, buang sajalah 'pemimpin yang terbuang' sebegini sebelum rakyat pula yang membuang UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.