Inilah yang berlaku bila puak wahabi menjadi mufti negeri. Dari dulu Perlis semasa Shahidan menjadi MB memang menyokong fahaman ini.
Sayang beliau telah terpengaruh dan mungkin menjadi dalang yang membawa masuk puak wahabi dalam UMNO.
Apa yang dikesalkan ia membawa perpecahan dalam masyarakat apabila pandangan ditolak majoriti ulama dunia diangkat dalam sesebuah parti atau kerajaan.
Dalam PAS sendiri virus wahabi juga telah berjaya menjangkiti sebilangan besar pemimpinnya sehingga banyak fatwa karut dikeluarkan demi kepentingan politik.
Berita pengharaman dan jawapannya anda boleh baca di bawah ini :
KANGAR 20 Nov. –Jawatankuasa Fatwa negeri menetapkan bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.
Description: Slug - FATWA KETUMPerlis - KANGAR, 16 DISEMBER 2013 - Reaksi Mufti Kerajaan Negeri , Datuk Dr. Juanda Jaya memberi kenyataan kepada media ketika sidang media mengenai Pengharaman Penyalahgunaan Ketum oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. Gambar; Muhamad Iqbal Rosli.NOTATERBITANUTUSAN MALAYSIAKHAMIS26 DISEMBER 2013MUKA 8***archived by KH
Mufti negeri, Datuk Dr. Juanda Jaya memberitahu, ini kerana ungkapan tersebut yang membawa maksud mohon bantuan wahai Rasulullah adalah sejenis al-Istighathah dan tidak dibenarkan dalam Islam.
"Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah.
"Sedangkan Rasulullah sendiri meminta supaya kita memohon bantuan daripada Allah," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kecenderungan generasi masa kini menyanyikan lagu-lagu qasidah atau nasyid tanpa menyedari bahawa terdapatnya unsur-unsur ungkapan al-Madad ya Rasulullah.
Kata Juanda, orang ramai perlu berhati-hati supaya tidak sesekali mengeluarkan ungkapan seumpama itu.
"Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung perkara tersebut diputuskan dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 17 November lalu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Juanda berkata, jawatankuasa berkenaan juga mengambil ketetapan bahawa pemakaian lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.
"Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur adat keagamaan lain," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/perlis-larang-ungkapan-al-madad-ya-rasulullah-1.27395#sthash.PRNduR04.dpuf
Untuk membaca jawapan panjang lebarnya sila klik di sini:
Panglima berpendapat berdasarkan ilmu yang dipelajari bahawa Rasulullah saw dan orang beriman mempunyai Syafaat dan mereka diberi oleh Allah Syafaat kepada manusia.
Ia jelas di dalam ayat Kursi di dalam Al Quran yang menyebut من ذَا الذي يشفع عنده الا باذنه yakni sesiapa pun tidak akan mampu memberi Syafaat kecuali dengan izinNya.
Mengingkari kelebihan Allah beri kepada mereka sebenarnya mengingkari ayat Quran yang menjelaskan perkara ini.
Meminta tolong orang boleh menolong bukan bermakna kita menyembah yang menolong cuma mengakui kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya....
Semoga Allah memelihara kita dari fahaman sesat seperti wahabi Pluralisme dll.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.