Pages

13 Disember 2014

Pertabalan Sultan Nazrin catat sejarah - Nasional - Utusan Online


Pertabalan Sultan Nazrin catat sejarah

"Pada awalnya kerajaan ne­geri tidak memasukkan istiadat pertabalan ini ke dalam kalendar pelancongan negeri tahun depan disebabkan ketika itu kita masih tidak mendapat tarikh rasmi majlis berkenaan.

"Kerajaan negeri yakin istiadat pertabalan ini akan menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin akan diadakan pada Rabu, 6 Mei tahun depan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar dekat sini.

Istiadat pertabalan itu kemudiannya diikuti dengan lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersi­ram Tabal yang bakal berlangsung pada malam 7 Mei.

Dalam perkembangan sama, Nolee Ashilin berkata, sasaran untuk menarik 5.5 juta pelancong ke negeri ini tahun depan adalah realistik dan mampu dicapai.

Menurut beliau, ini berdasarkan jumlah kedatangan pelancong yang melebihi lima juta orang sejak dua tahun lalu.

"Kita menjangkakan jumlah pelancong akan meningkat dengan khidmat penerbangan swasta dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini bagi laluan ke beberapa destinasi di Indonesia.

"Kerajaan negeri juga sedang mengadakan rundingan untuk menarik pelancong dari China menerusi penerbangan terus ­Ipoh-Shenzen dan Guangzhou," katanya.


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pertabalan-sultan-nazrin-catat-sejarah-1.35855


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.