Pages

10 Januari 2015

Bagaimana Surat Menteri @Zahid_Hamidi Kepada @FBI Tersebar ??? CC @NajibRazak @BarackObama


Siasatan perlu dilakukan kepada suspek membocorkan surat Menteri kepada FBI. Berkenaan Paul Phua yang dituduh ada kaitan dengan sindiket 14k Triad yang disahkan tidak wujud di Malaysia oleh pihak polis.

Meskipun tidak ada isu dalam kandungan surat tersebut dan hanya disensasikan pihak pro pembangkang yang juga pro LGBT dan Kristian antaranya Malaysiakini dan The Malaysian Insider namun sayang sekali bila pemimpin PERKASA juga turut menyatakan nada yang sama.

Memang benar ia bukan kenyataan PERKASA namun ia dilihat seperti memulang paku buah keras kepada kenyataan DS Zahid Hamidi kepada PERKASA sebelum ini dalam isu yang dilihat tidak boleh disokong oleh beliau.

Pihak berkuasa di Malaysia perlu membuat siasatan dan mencari dalang membocorkan surat tersebut. Kita khuatir surat lain juga akan dibocorkan oleh pengkhianat ini demo kepentingan pihak tertentu. 

Semua sudah tahu bahawa DS Ahmad Zahid memang bertindak tegas kepada pelacuran judi dan gangsterisme. 

Penubuhan skuad taktikal khas untuk membanteras perkara ini seperti STAGG STAFOC STING sudah tentu menimbulkan ketidakpuashatian pihak yang telah termakan budi dengan kumpulan yang menjana duit dari kegiatan tidak bermoral ini.

Masa depan Malaysia akan gelap jika Menteri yang berani bertindak terhadap puak yang menjadi dalang kegiatan judi pelaburan dan gangster ini berjaya dijatuhkan !!!

Kita berdoa fitnah mengaitkan DS Zahid Hamidi tidak akan berjaya meskipun tidak ramai yang memahami dan mahu membela beliau yang dilihat keseorangan menepis fitnah Maha Besar sepanjang perjalanan politik beliau dalam Kabinet Malaysia.

Semoga Allah memelihara dan melindungi pemimpin kita yang menjaga amanah demi kepentingan negara bukan kepentingan dunia semata-mata.

Baca artikel sepenuhnya di bawah :

Artikel Blog Pisau

Guan Eng Perlekeh Surat FBI @Zahid_Hamidi Kerana Tiada Nilai Untuk Di Politik

Sejak beberapa hari yang lalu surat Menteri Dalam Negeri tiba tiba menjadi panas apabila dihangatkan dengan serangan persepsi jahat haprak pakatan.

Persoalan yang ditimbulkan seolah sudah berlaku penyalahgunaan kuasa yang maha besar hingga mampu menjerumuskan negara dibawah kawalan kongsi gelap.

Pisau lihat apabila portal Malaysiakini dan MalaysianInsider secara konsisten menyerang KDN dan Menteri Dalam Negeri ia satu usaha terancang untuk menjatuhkan kredibiliti seorang menteri kanan dan juga merosakkan pentadbiran Datuk Seri Najib.

Melucukan apabila pelbagai tuduhan liar,andaian dan teori mereka ini tiba tiba menjadi hambar apabila Setiausaha Agung DAP hanya memperlekehkan surat itu punyai "low class" bahasa Inggeris itu saja hujahnya.. apa makna semua ni..

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has raised questions over the authenticity of the letter sent by the Home Minister to the United States Federal Bureau of Investigations (FBI), pertaining to gambling kingpin Paul Phua Wei Seng's case.

Lim took a swipe at the standard of language used in the letter, which he described as "atrocious and secondary school level", if indeed it was issued by the Ministry.

Punyalah berkajang kajang berbuih mulut haprak pakatan menyerang tiba tiba Lim Guan Eng hanya komen mengenai tatabahasa Inggeris. Realitinya surat itu tiada asas untuk di spin untuk menyerang kredibiliti seorang Menteri Dalam Negeri.

Apa yang yang dapat kita lihat mengenai surat tersebut amat mudah..

Isu ini adalah surat Ds Zahid Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah,Biro Siasatan Persekutuan(FBI) mengenai seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang terlibat dengan aktiviti jenayah di Amerika dan sedang dibicarakan dinegara tersebut.

Kononnya surat tersebut menggambarkan Menteri Dalam Negeri seakan akan melindungi Paul Chua sedangkan realitinya tidak.

Surat Menteri Dalam Negeri (KDN), Ds Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bukan untuk menjamin pakar judi Paul Phua Wei Seng.

Sebaliknya ia adalah respon kepada permintaan firma guaman di Amerika Syarikat, yang mewakili Phua, Chesnoff & Schonfeld kepada FBI.

Ds Zahid  melalui Pewartaan P.U.(A) 272/2013, bertarikh 28 Ogos 2013, telah mengisytiharkan 49 buah Persatuan Kongsi Gelap diseluruh negara sebagai Pertubuhan yang menyalahi undang-undang berdasarkan kepada Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966. Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" tidak termasuk di dalam senarai pewartaan ini yang mana secara tidak langsung memperjelaskan bahawa Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" tidak wujud di Malaysia.

Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:

1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop

Ds Zahid yang memegang portfolio  sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga hal ehwal berkaitan dengan keselamatan. Oleh itu, Ds Zahid selaku Menteri Dalam Negeri sememangnya mempunyai akses penuh ke atas semua maklumat daripada agensi-agensi dibawah portfolionya termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Maka secara  logiknya, sudah pasti Ds Zahid telah pun membuat rujukan silang (cross-check) dengan PDRM selaku agensi di bawah portfolio beliau berkenaan dengan isu wujudnya Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" di Malaysia atau samada Paul Phua terlibat dengan Kumpulan tersebut atau sebaliknya.

 
Memandangkan  isu keselamatan dalam negeri adalah berada di dalam bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, maka adalah menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk memberi maklumbalas terhadap sebarang pertanyaan atau persoalan yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak samada di dalam ataupun di luar negara.

Telah menjadi amalan biasa bagi mana-mana Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan untuk mendapatkan maklumat mana-mana individu daripada Kementerian Dalam Negeri, khususnya di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri   sebagai salah satu prosedur untuk tapisan keselamatan.

Isu keselamatan adalah merupakan  isu yang sensitif dan  berstatus Rahsia Besar yang mana tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara. Bahkan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kesimpulanya tidak timbul isu Ds Zahid Menteri Dalam Negeri melindungi Paul Phua kerana beliau sekadar menjalankan tanggungjawab, tugas dan peranan beliau berdasarkan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Proses mengetahui status latar belakang penglibatan mana-mana individu yang disyaki terlibat atau sememangnya terlibat dalam aktiviti jenayah adalah merupakan satu proses biasa yang mana turut dilakukan secara intra-kementerian, jabatan dan agensi.

Yang harus kita persoalkan dalam isu ini sebenarnya mengenai Anwar Ibrahim yang menggunakan pengaruh tokoh tokoh besar di Amerika dan Australia hingga menghantar surat campur tangan sistem kehakiman negara mendesak agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat.Adakah tindakan ini betul??

Pisau kata " Awat lawyer tu punya english teruk sangat…"



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.