Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mei 2015

JAWAPAN BUAT ZULKIFLEE BAKAR UTUSAN MALAYSIA ISU HINA ULAMA HABIB & TAREQAT

Copy & Paste

Kami membaca artikel terbaru beliau yang akhirnya menunjukkan kejahilan beliau dalam isu Agama disini

http://www.utusan.com.my/rencana/hebat-sangatkah-mereka-1.95772

Kami menasihati saudara zulkiflee supaya bertakwa kepada Allah dan takutkan pedihnya azab api neraka atas kejahilan dirinya sendiri, persoalan kami terjawab selama ini atas sebahagian penulisan saudara pendedahan tarekat di Utusan Malaysia sebenarnya berpunca dari kejahilan saudara dalam memahami agama, lantas dengan berbekalkan kejahilan ini dengan beraninya saudara menulis dari kaca mata wahabi.

Zulkiflee menulis:

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang menuduh salah seorang sumber Utusan Malaysia buta hadis

Jawapan KTMFWDM:

Tahukah Saudara bahawa sumber saudara itu menyesatkan amalan tahlil arwah, maulid nabi, zikir berjemaah, doa berjemaah lepas solat, menyesatkan para ulama besar silam, mempunyai pandangan-pandangan yang ganjil dalam ilmu hadith? saudara sedar atau tidak sumber saudara yang pasukan saudara letak dalam akhbar beramai-ramai sebagai tokoh agama mengkafirkan amalan tawassul, mengatakan ilmu tasawuf seperti air longkang dan macam-macam lagi. Sepatutnya saudara buat homework dulu sebelum main pakai cedok sumber rujukan.

Zulkiflee menulis:

Perkara itu dibangkitkan kerana siasatan dan penyelidikan yang dibuat oleh Utusan Malaysia mendapati pendakwah atau tokoh agama yang dipuja-puja dan mendapat tempat segelintir rakyat negara ini mempunyai kaitan rapat dengan Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah yang diharamkan. Malah terdapat rakaman video dan gambar-gambar yang menyaksikan betapa eratnya hubung­an mereka dengan pengasas tarekat itu, Sheikh Nazim Al-Haqqani.

Jawapan KTMFWDM:

Seeloknya saudara Zulkiflee hanya menulis perkataan "siasatan" sahaja kerana hakikatnya utusan tidak buat penyelidikan pun berkenaan isu ini, itupun hanya siasatan yang sama taraf tugasan pelajar sekolah menengah sahaja.Apa buktinya? buktinya akhbar utusan pada 25 mei 2015 muka hadapan memaparkan screeshot tarian punggung dan tajuknya zikir goyang punggung merupakana amalan tarekat haram. Tahukan saudara zulkiflee bahawa video utube itu video lama yang sudah basi dimainkan wahabi? dan yang paling penting tahukah saudara bahawa majlis goyang punggung itu bukan majlis zikir, tetapi tarian gelek wanita arab dan ini dapat dikenalpasti dari lirik lagu yg dimainkan oleh penyanyi, sebab itu kami katakan pasukan penyiasat saudara hanya bertaraf sekolah menengah harian sahaja dan bagaimana saudara dengan penuh yakin dan bangga mengatakan melakukan penyelidikan sedangkan perkara mudah seperti ini pun pasukan saudara sudah melakukan kesilapan memalukan?

seterusnya jika benar pasukan saudara zulkifli buat penyelidkan, pastinya jumpa bahawa masyaikh univ al azhar tidak menyesatkan naqsyahbandi haqqani, juga Jamiyah Ahlith Tariqah Al-Mu'tabaroah Nahdatul Ulama tidak menyesatkan Haqqani, Jilsah Turuq Sufiyah di bawah jabatan Mufti N9 juga tidak menyesatkan Haqqani, Jika saudara tahu (kami yakin saudara tidak tahu) kesemua itu ialah pasukan pakar yang memang terlatih dalam ilmu tarekat dan tasawuf.

Saudara harus sedar keputusan fatwa JAKIM itu langsung tidak memberikan apa-apa sebab tentang kesesatan haqqani, jadi saudara janganlah terlajak pandai lebih dari JAKIM.

Zulkiflee menulis:

Cium kaki, sujud di kubur dan beryakazah adalah perkara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, justeru kenapa perlu ada pihak mahu mempertahankan perkara tersebut? Soal tarekat atau fahaman lain mahu melakukannya itu soal mereka.

Jawapan KTMFWDM:

disinilah puncak kejahilan saudara zulkiflee kerana tidak dapat membezakan mana satu hukum fiqh dan akidah, bagaimana pula mencium kaki boleh menjadikan seseorang itu tergadai akidahnya? ini isu fiqh dan bukan isu akidah.

Pertamanya saudara zulkiflee harus tahu Imam Nawawi iaitu rujukan qaul muktamad dalam mazhab Syafie sendiri mengatakan boleh mencium kaki orang alim, malah Imam Muslim mahu mencium kaki Imam Bukhari. Malah orang yahudi mencium kaki Nabi, banyak lagi contoh lain dari para sahabat nabi, jangan pula saudara zulkiflee mahu katakan mereka semua sesat akidah pula.

Keduanya, dalam akhbar utusan sepanjang 3-4 hari pendedahan tentang tarekat, tiada pula gambar sujud dikubur dalam akhbar utusan, kenapa timbulkan isu ini pada artikel saudara pada 26 mei ini? terdesak?

ketiga, yaqazah tidak bercanggah kerana terlalu ramai ulama yang mengahruskannya, Imam Suyuthi mengarang 1 kitab khas membela bab yaqazah ini, tapi malang sekali saudara zulkiflee pun tidak kenal siapa Imam Suyuthi, malah fatwa Jakim sendiri tidak menolak yaqazah 100%, yang ditolak ialah Yaqazah versi Al Arqam. Jadi jangan saudara menunjukkan kejahilan saudara dalam isu ini.

zulkiflee menulis:

Pendakwah dan ulama bebas melakukan pelbagai aktiviti ceramah dan kuliah tetapi orang kita sendiri diletakkan pelbagai syarat sehingga ada antara mereka dilarang melaksanakan program di satu-satu negeri. Kesudah­annya kita ibarat, "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.''

Jawapan KTMFWDM:

yang di halang itu ialah yang berfahaman wahhabi, oleh kerana rujukan saudara kebanyakannya ialah dari wahhabi, jadi saudara merasakan seolah-olah begitu ramai yang dihalang, padahal elok saudara merujuk jabatan mufti negeri yang menghalang.

Kesimpulannya disini, saudara melakukan penulisan dalam keadaan penuh jahil, sehingga ia akan memakan diri saudara kelak di akhirat jika tidak bertaubat. Cuba jujur, betulkah saudara melakukan penyelidikan dengan seimbang? wallahualam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=835979859800490&id=149551445110005&ref=bookmark

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate