Dalam jawapan di Dewan Negara Kementerian dalam Negeri menyatakan bahawa seramai 26,716 telah ditahan sepanjang enam bulan tahun 2015 berakhir 23 Jun lalu.
Manakala rekod yang disebut di sini http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/1976-kawalan-pekerja-asing-di-malaysia
seramai 27,161 ditahan dalam tempoh Januari - November 2014.
Ini bermakna jumlah yang ditahan tahun 2015 semakin bertambah berbanding sebelumnya.
Menurut data portal KDN itu juga menegaskan hanya 11.2 % kes jenayah melibatkan warga asing.
Justeru itu kita yakin kemasukan pekerja asing di sektor tertentu yang tidak dipenuhi pekerja tempatan boleh melancarkan pembangunan negara tanpa ada kesan sampingan yang tidak baik kepada kita.
Penguatkuasaan yang berterusan pasti menghalang cubaan untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan undang undang Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.