PENJELASAN KENAPA PM @NAJIBRAZAK ROMBAK KABINET LANTIK @ZAHID_HAMIDI JADI TIMBALAN
YAB Perdana Menteri tidak menghalang teguran namun mahu dilakukan mengikut saluran tertutup tanpa hebahan di media yang boleh menjatuhkan imej negara.
Di zaman YAB PM DS Najib banyak kebebasan diberikan seperti yang disebut dalam satu kenyataan beliau pada 2014 yang berbunyi :
"Kerajaan tidak akan menarik kebebasan bersuara di media sosial tetapi mahu kebebasan itu dilakukan dengan prinsip kebertanggungjawaban," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun diperingatkan juga bahawa hendaklah KEBEBASAN ITU DILAKUKAN DENGAN TANGGUNGJAWAB dan ada batasannya.
Kerana itu The Edge digantung atas tiga faktor kesalahan seperti kenyataan KSU KDN beberapa hari lalu
Oleh sebab itu sesiapa sahaja yang menyebarkan kepalsuan dikenakan tindakan termasuk ke atas NGO diterajui orang kuat PM atau pemimpin UMNO Bahagian atau blogger UMNO itu sendiri.
Meskipun mendapat reaksi kurang senang terutama ahli dan kepimpinan parti UMNO namun ia dilaksanakan demi menjaga keadilan agar dapat memberi keyakinan kepada rakyat.bahawa polis tidak pro kepada mana mana pihak termasuk parti pemerintah.
Dalam hal ini polis telah buta warna di dalam mengambil tindakan sehingga tiga orang pemimpin Umno di Bahagian Bagan, blogger Papagomo & pemimpin NGO pro UMNO Ali Tinju yang ditahan akibat kesilapan mereka menyebar kepalsuan dan Menyentuh perkauman.
Baca
Apabila teguran terbuka di hadapan media dilakukan TS Muhyiddin hingga mendapat liputan luas media maka pengguguran terpaksa dilakukan demi memastikan barisan Kabinet tidak berbelah bagi wala'(setia) kepada Perdana Menteri.
Pertimbangan ini tidak hanya kerana kritikan beliau terhadap 1MDB kerana ada Menteri lain yang gugur tidak melakukan teguran terbuka seperti TS Muhyiddin.
Justeru banyak pertimbangan dilakukan sebelum memilih atau menggugurkan seseorang kerana kesilapan ini jika berlaku boleh membawa perpecahan besar kepada parti dan negara.
Kita mesti dan wajib menaruh kepercayaan kepada YAB PM dan menolak fitnah pembangkang atau pihak lain yang mahu kerusi PM diganti orang lain.
Dalam hal ini ingatlah kembali perintah Allah agar kita mentaati Ulil Amri setiap masa.
Pedoman Al Quran dan Hadis tentang perkara ini boleh baca panjang lebar di sini
Kepada Allah kita pohon restu agar keamanan akan kekal memayungi kehidupan sekelian rakyat di bawah lindungan rahmat Allah Tuhan sekelian alam.
Kekuatan Islam dengan kuatnya persaudaraan dan kasih sayang sesama insan...
Blog Penembak Tepat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan