Beberapa blog pro Pembangkang cuba pusing program TPM DS Ahmad Zahid Hamidi di Tanah Merah semalam yang dihadiri lebih 25 ribu orang dimurkai Allah.
Kononnya kerana dilanda ribut hingga menyebabkan 20 khemah rosak.
Selepas dilihat kembali rakaman didapati ianya menjejaskan beberapa khemah saja.
Jam 15.54 (lihat gambar) hujan sudah reda.
Paling penting rakyat Tanah Merah setia tunggu TPM hingga selesai majlis walau hujan lebat.
Sebenarnya hujan lebat tanda rahmat Allah. Bukan sesuatu petanda buruk.
Dari dahulu kita belajar bahawa hujan memang membawa rahmat dan doa waktu itu sungguh mustajab.
Seolah ia petanda restu Allah kepada TPM baru yang menjadi punca hujan rahmat yang sangat lebat melimpah padang program semalam.
Harap pembangkang jangan mencari isu seperti ini lagi di masa hadapan kerana ia bukan boleh menjadi alasan untuk memburukkan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.