Pages

28 Oktober 2015

PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO & BN - HADI AWANG

PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan BN – Hadi

PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

"Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen,

"Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

"Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

"Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik," kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, Hadi menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

"Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai," sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

"Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

"Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS," ujarnya.

-BNBBC-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.