Pages

26 November 2015

Dakwaan Suresh melampau: Peguam Negara | Harian Metro

Dakwaan Suresh melampau: Peguam Negara

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dakwaan adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais bahawa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Apandi berkata dakwaan Charles Suresh Morais itu melampau dan tidak masuk akal.

"Ketika Kevin Morais dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB.

"Saya tegaskan Charles cuba menganggu proses mahkamah apabila dia memberi bayangan mereka yang kini sudah dihadapkan ke mahkamah, bukan orang membunuh Kevin Morais," katanya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) daripada Nanning, China.

Mohamed Apandi berkata demikian mengulas dakwaan Charles melalui akuan bersumpah dalam permohonannya untuk mayat mendiang abangnya disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga bedah siasat kali kedua dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 26 November 2015 @ 3:29 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95962?m=1#sthash.281en2KT.dpuf

http://www.hmetro.com.my/node/95962?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.