KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif untuk
menjalinkan kerjasama dengan 28 badan bukan kerajaan (NGO) pencegahan
jenayah yang telah ditubuhkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara
selamat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
kesemua NGO berkenaan ditubuhkan berlandaskan objektif yang sama dengan
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) iaitu bagi membantu
menurunkan kadar jenayah di negara ini.
Menurut beliau, sejak empat tahun kebelakangan ini, kadar jenayah di
Malaysia telah mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus dan untuk
pertama kali pada tahun lalu, peratusan jenayah curi kenderaan juga
turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus.
“Kejayaan penurunan ini adalah berikutan kerjasama dengan agensi-agensi
terlibat seperti PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), dan Jabatan
Penjara yang berusaha dalam menjadikan Malaysia sebuah negara
selamat,”katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Meja
Bulat Kearah Menuju Malaysia Selamat yang diadakan di Pusat Konvensyen
Sime Darby.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.