Kekuatan perang siber UMNO akan dipertingkat - Zahid
JUMAAT, 11 DISEMBER 2015 - 4:32PM
Oleh Alzahrin Alias; Nora Mahpar dan Mohd Nasaruddin Parzi bhonline@bh.com.my
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Sairien Nafis
KUALA LUMPUR : UMNO menyedari kekuatan parti dalam perang siber belum sampai ke tahap menjadi penyerang sebenar dan banyak perkara masih perlu diperkukuhkan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sehubungan itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata perlunya ada penyelarasan kalangan penggiat dalam alam siber ini.
"Ini soal peperangan minda, kita tahu komunikasi 'face to face' dalam peperangan minda ini mesti berkisar pada balasan atau serangan yang bukan ditujukan kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam parti tapi kumpulan perang siber yang berada di luar sana.
"Dalam hal ini saya ingin nyatakan perlu ada usaha penyelarasan kepada penggiat dalam alam siber," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Yang turut hadir, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammudin Hussein.
Ahmad Zahid berkata, fungsi utama perang saraf adalah bagaimana untuk bertahan dan taktik terbaik bertahan adalah dengan menyerang.
"Saya bersetuju mungkin serangan yang ditujukan kepada BN (Barisan Nasional) telah menimbulkan persepsi dan jawapan-jawapan yang diperoleh dari pihak 'establisment' (pihak yang memegang kuasa) kurang menyerlah.
"Jadi kita akan memperkasa alam siber dengan mewujudkan gelombang biru yang baharu dan ianya harus lebih berfokus dalam menghadapi serangan musuh-musuh parti," katanya.
Mengulas beberapa teguran perwakilan kepada kepemimpinan tertinggi parti, Ahmad Zahid berkata, ia sememangnya menjadi kelaziman kepada suara akar umbi untuk meluahkan suara hati mereka termasuk yang mahukan supaya aktiviti turun padang lebih kerap dilakukan pimpinan teratas.
"Saya juga fikir teguran ikhlas ini memang menjadi kelaziman, dan mereka mengharapkan supaya dielakkan kekeliruan jika ada diatas yang akan menyebabkan kekeliruan juga dibawah.
"Dalam hal ini mereka cukup mengharapkan supaya tidak timbul perbedaan pendapat," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104160?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.