KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkongsi momen sayu tatkala bertemu dengan pelarian Syria baru-baru ini.
Najib berkata, ketika bertemu mereka ada 'sesi soal jawab' beliau dengan seorang pelarian Syria yang mana jawapan pelarian itu begitu menyentuh hatinya.
"Saya kebetulan bertemu dengan tiga keluarga Syria batch pertama, saya tanya seorang daripada mereka. Sungguh menyayat hati, apabila saya tanya kenapa tidak mempunyai pasport antarabangsa walaupun sudah belajar di universiti.
"Apa dia jawab? Katanya kalau dia pergi buat pasport dia akan dipaksa masuk dalam tentera dan dia akan terpaksa bunuh umat Islam lain, kerana sebab itulah dia tak membuat pasport kerana tidak sanggup lakukan perkara tersebut," katanya dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar 2015, di Hotel Grand Season, hari ini.
Menggulas lanjut, Najib berkata, dalam isu itu, beliau begitu berbangga dapat membantu umat Islam lain dalam mengharungi kehidupan mereka.
"Orang seperti inilah yang dapat diselamatkan Malaysia.
"Alhamdulillah saya rasa bangga walaupun bilangan tak ramai tapi inilah contoh bagaimana atas semangat perpaduan ummah untuk bantu umat Islam yang susah ditimpa musibah, kita sebagai sebuah negara Islam wajib bantu negara Islam lain," katanya.
Komitmen Malaysia untuk menjaga kepentingan ummah sangat jelas di dalam mahupun luar negara.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.