Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Januari 2016

Fathul Bari Jangan Perlekeh Orang Melayu sebab sanjung keturunan Nabi saw

Saya jarang mengikuti video Ilmuan UMNO nama Fathul Bari ini.

Saya tertarik dengan tajuk video berkenaan keturunan Nabi wajib mengikut Nabi.

Kelakar pun ada.

Tak masuk akal keturunan ulama akan menolak perjuangan datuk neneknya.

Begitu juga keturunan Nabi mustahil akan menolak ajaran Datuk mereka.

Ulama tak sama dengan orang awam.

Keturunan Nabi saw juga tidak semua menjadi ulama.

Namun orang menghormati mereka.

Tidak timbul soal mereka perlu ikut Nabi kerana semua umat Islam wajib ikut Nabi saw semada perbuatan pengakuan dan amalan.

Namun memperlekeh keturunan Nabi atau orang Melayu seperti dalam video ini bukan sifat Nabi saw.

Mereka tidak minta penghormatan bahkan Islam menyuruh kita menghormati manusia apatah lagi dari keturunan sangat mulia.

Dalam selawat kenapa disebut Nabi dan keluarga baginda ? Fikir sendiri lah bagaimana berbilion manusia atas bumi menyebut selawat ke atas Nabi saw dengan keluarga sekali.

Fathul Bari tak perlu memperlekeh orang Melayu berhubung menghormati keturunan Nabi saw kerana orang Melayu juga ramai sudah bercampur darah mereka dengan keturunan Nabi saw.

Masyarakat akan semakin pening melihat kupasan tokoh seperti Fathul Bari yang suka memperli amalan orang Melayu Islam seolah tidak ada pegangan kukuh dalam bab agama dan hanya dia sahaja banyak ilmu dan tahu bermacam perkara.

Berhati hati wahai saudara Fathul Bari jangan cuba menggunakan sindiran menguris hati orang Melayu.

Saya cuba membuat rasa suka kepada ustaz Fathul Bari ini namun gaya ceramah dan isinya membuatkan saya merasa loya dan hampir muntah untuk menelan ilmu yang disampaikan dengan cara bukan akhlak Nabi saw.

Dari dahulu saya berpandangan orang yang dilabel Wahabi Salafi dll yang membuat fitnah dan tuduhan kepada ulama Ahlu Sunnah Wal jamaah perlu diperhatikan jangan sampai melampau batas.

Jangan berlindung di sebalik tokoh tertentu kerana lambat laun bau busuk itu akan tercium jua akhirnya.

Kuasa diplomatik negara asing jangan diguna untuk mencampur dan menyekat tokoh Ahlu Sunnah Wal jamaah dari aktif berjuang mempertahan pegangan Asyairah Maturidiyah Di Malaysia dari Wahabi Syiah Liberal dll.

Tolonglah berhenti dari mengungkit perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang majoriti ulama di Malaysia.

Tidak perlulah Wahabi dibiarkan meracuni pemikiran anak muda dan dewasa sehingga merosakkan hubungan keluarga atau antara rakyat Malaysia.


Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/nWgKT72CVkg


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate