Rakaman ini dibuat di sebuah rumah di Bagan Datok pada Sabtu lepas selepas bersarapan pagi di rumah pengundi Cina tersebut.
YAB TPM sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Cina bahkan mempunyai bapa angkat Cina yang masih baik hingga kini. Meskipun ramai masih belum mahu membuka hati memberi undi majoriti kepada beliau di sana.
Ini semua akibat permainan persepsi negatif dan fitnah oleh pihak lawan sehingga menjadikan sokongan begitu rendah dari kaum Cina kepada Kerajaan.
Perpaduan semua kaum di Malaysia amat penting untuk menjana kekuatan ekonomi berpaksikan keamanan dan kestabilan politik.
ia hanya akan dapat dicapai apabila mereka sebulat suara memberi keyakinan kepada BN untuk terus menerajui negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.