Allah Maha Kuasa mahu menunjukkan sesuatu bahawa mantan PM kita telah kehilangan daya ingatannya sendiri sehingga terpaksa memeriksa kembali no kad pengenalannya sebelum menandatangani deklarasi rakyat baru-baru ini.
Allah telah menjelaskan dalam Al Quran bahawasanya orang telah lanjut usia akan kembali seperti kanak-kanak.
68.
Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan
dia kepada kejadian(nya) . Maka apakah mereka tidak memikirkan? (Yasin
68)
Sifat akan menyamai kanak-kanak termasuk dalam hal ingatan dan juga perasaan sensitif.
Maka kita sewajarnya melihat tindakan Tun M hari ini khususnya kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan dalam pandangan berbeza kerana beliau telah mencapai usia sangat berusia 91 tahun dan telah nyata melalui video ini kelemahan ingatannya.
Semoga Allah mengampuni dosa Tun Mahathir dan orang yang memperalatkan beliau.
sedikit perkongsian berkenaan simptom nyanyuk :
Tanda-tanda nyanyuk
Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara
gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan
tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan
fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti,
ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan
dalaman dan halusinasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.