BEIJING 13 Nov. - Salah seorang juruterbang wanita China dari kumpulan aerobatik August 1 terbunuh dalam satu kemalangan sewaktu latihan, semalam.
Shanghai Daily melaporkan, Yu Xu, 30, terbunuh apabila pesawat J-10 Chengdu yang dinaikinya terhempas di wilayah Hebei.
Seorang lagi juruterbang, bagaimanapun sempat menganjal keluar dari pesawat dan dilaporkan sedang dirawat kerana cedera.
Kumpulan aerobatik August 1, yang turut dibarisi juruterbang wanita, merupakan salah satu daripada tiga pasukan aerobatik udara Pasukan Udara, Tentera Pembebasan China.
Pada Pertunjukan Udara dan Maritim (LIMA 2015) di Langkawi, kumpulan ini berjaya memukau para pengunjung dengan mempamerkan persembahan aerobatik udara yang menarik dan mengujakan. - AGENSI
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.