Adam Dakwa Banglo 'Disneyland' Hanya RM1 Juta
15 NOV : Walaupun banglo miliknya digambarkan seperti Disneyland, Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly menjelaskan harga kediamannya itu hanya RM1 juta sahaja, bukan RM7 juta seperti didakwa sesetengah pihak .
Menurutnya, bank menjual rumah tersebut kepadanya dalam keadaan terbengkalai dan bukan beliau membuat reka bentuk banglo itu seperti 'Disneyland'
"Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.
"Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik tetapi (akhirnya) jadi viral dan fitnah pada saya," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menyatakan Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti PKR.
Turut mengukuhkan fakta berkenaan, Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamarudin pada semalam mendedahkan yang Adam bukan sahaja memiliki banglo itu, malah juga mempunyai beberapa buah rumah lagi yang lain.
Bagaimanapun, Zuraida menafikan yang kekayaan luar biasa Adam itu bukan kerananya, tetapi kerana bapa Adam yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Dalam masa sama, Adam turut menjelaskan yang kekayaannya itu bukan suatu perkara pelik kerana rama lagi anak muda kaya sepertinya.
"Kenapa (umur) 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat Datuk.
"Saya nak maklumkan saya dapat Datuk sebaris dengan Datuk Jamal. Saya sebaris dengan dia di depan Tuanku.
"Kalau dia pertikai kenapa saya dapat gelaran Datuk. Dia (Jamal) dapat Datuk tahun ini dan Datuk Seri tahun ini. Jangan tekan dan aibkan orang,"ujarnya.
Adam juga bersedia kesnya itu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya dimaklumkan daripada media, beliau berikrar untuk turun ke rumah saya, naik helikopter, mungkin rumah saya itu (luas) 10 hektar, mungkin ada kebun kelapa sawit, ada dinosaur, kolam ikan atau kolam renang.
"Saya minta Jamal dan ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo buat laporan polis atau laporkan pada SPRM. Saya bersedia beri kerjasama baik untuk beri keterangan dan jaga amanah di negeri Selangor," katanya.
Jamal pagi tadi membawa sekumpulan petugas media menaiki helikopter bagi meninjau banglo milik Adam yang Jamal dakwa turut mempunyai kolam renang.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.