Sultan Muhammad V yakin Kelantan mampu harungi ketidaktentuan ekonomi global
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yakin kerajaan Kelantan mampu mengharungi cabaran ketidaktentuan ekonomi global menerusi perancangan yang teliti dan mampan terutama dalam mengukuhkan sumber kewangan negeri dan menyuburkan ekonomi rakyat.
Baginda bertitah inisiatif yang berterusan dalam menarik pelaburan luar adalah amat penting bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat, selain penganjuran misi pelaburan dan perdagangan dari semasa ke semasa untuk membuka ruang pelaburan yang lebih besar.
"Pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dengan unjuran sekitar 3.4 peratus pada tahun ini memberi kesan ketara kepada kebanyakan ekonomi negara di dunia termasuklah negara kita Malaysia, ditambah pula dengan perkembangan semasa politik di Amerika Syarikat yang menyebabkan peningkatan mendadak nilai matawang dolar Amerika Syarikat.
"Justeru itu, beta menyeru agar semua pihak yang terlibat dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Penganugerahan Gelaran Kebesaran, Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Pelantikan Jaksa Pendamai sempena hari keputeraan ke-47 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Seramai 608 penerima menerima anugerah tersebut daripada Sultan Muhammad V dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima.
Sementara itu, baginda bertitah kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan terutama dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) mesti dikekalkan demi kepentingan pembangunan negeri ini.
"Beta amat sukacita apabila dua cadangan projek keutamaan Kelantan iaitu Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai dan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok akan dilaksanakan segera pada 2017 hasil inisiatif yang diambil oleh Program Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
"Harapan beta dengan terlaksananya kedua-dua projek ini akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat beta terutamanya yang tinggal bersempadan dengan Thailand," titah baginda.
Sultan Muhammad V turut melahirkan rasa sukacita apabila penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dimuktamadkan September lepas dan berharap agar pembangunan infrastruktur bekalan air yang lebih mampan dan holistik dapat dilaksanakan bagi memenuhi permintaan dan jaminan bekalan air bersih terawat yang mencukupi kepada penduduk Kelantan.
Baginda turut berharap agar Kelantan terus ditadbir dan dibangunkan secara seimbang dan makmur selari dengan kemajuan zaman tanpa mengenepikan agama dan sosio ekonomi rakyat sepeninggalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Dis ini.
-- BERNAMA

Baginda juga menasihatkan rakyat di negeri ini agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dengan mengambil langkah yang perlu bagi menghadapi musim tengkujuh demi kebajikan dan keselamatan penduduk yang terlibat.
Baginda turut berharap agar Kelantan terus ditadbir dan dibangunkan secara seimbang dan makmur selari dengan kemajuan zaman tanpa mengenepikan agama dan sosio ekonomi rakyat sepeninggalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Dis ini.
-- BERNAMA
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan