Pages

14 November 2016

Tiga Pasukan Terdiri 15 Peguam @RafiziRamli Hadapi 12 Kes Mahkamah Didedah @Malaysiakini


petikan dari Malaysiakini :

Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf.

Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim.

Ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat.

Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya. Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat.


sumber http://m.malaysiakini.com/news/362820 


Patutlah Rafizi berani... Dia ada tiga pasukan peguam bela... Namun undang-undang tetap ditegakkan dan jangan pula timbul tuduhan bahawa Hakim menyebelahi kerajaan.

Kita demokrasi namun sesiapa yang melanggar undang-undang sudah tentu keadilan tidak mengenal siapa..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.