Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mei 2018

ADUN Kempas MB Johor | Harian Metro

ADUN Kempas MB Johor | Harian Metro

ADUN Kempas MB Johor

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-16, di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor itu, menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda Sultan Johor serta suami Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, Dennis Muhammad Abdullah.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim dan Presiden Parti Amanah (PAN) Johor, Aminolhuda Hassan.

Menerusi laman Facebook (FB) rasmi Sultan Johor dalam titahnya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan memberi nasihat dari masa ke semasa.

Baginda turut mengingatkan Osman supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu.

Osman, 67, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dari Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor, manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

Osman sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai ADUN Kempas di bawah BN selama tiga penggal sebelum digugurkan daripada bertanding pada tahun 2013.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate