Kita doakan semoga segala urusan mentadbir negara akan dijalankan dengan amanah cekap jujur berintegriti.
Meskipun kita merasa canggung kerana kronisme anak beranak dalam sistem politik parti pemerintah hari ini samada DAP PKR dan PPBM namun kerana itu pilihan rakyat maka kita terpaksalah akur dengannya.
Dengan matlamat dua tahun menjadi Perdana Menteri sesuai dengan Wawasan 2020 beliau sendiri maka kita berdoa agar Malaysia akan maju jaya.
Sejarah tercipta dan itulah identiti Tun selalu membuat sesuatu yang luar biasa termasuk menjadi PM tertua di dunia.
Sejarah juga Tun M apabila menjadi PM pertama menaiki kerusi sebanyak dua kali.
Allah maha mengetahui dan kita terus berdoa Malaysia akan terselamat dari bala bencana.
Rakyat sudah pasti akan gembira dengan pilihan mereka dengan potongan demi potongan akan dilakukan dan kita menunggu apakah mampu sehala janji janji manis itu akan ditepati tanpa sebarang pusingan u-turn seperti kebiasaan sebelum ini.
UMNO sedang diuji Allah dan semoga tarbiah Ramadhan ini akan menginsafkan kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.