Jawatan Guan Eng Belum Selamat, Kata Mahathir
14 MEI: Biar pun sudah diumumkan sebagai Menteri Kewangan yang baharu, kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai menteri kanan dalam kerajaan masih belum muktamad.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan Guan Eng akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.
Menurutnya keputusan akan dibuat selepas menerima serta meneliti laporan penuh daripada pihak mahkamah berhubung kes rasuah dihadapinya.
"Saya baharu sahaja menamakan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, beliau belum lagi angkat sumpah dalam jawatan itu.
"Kita tunggu dahulu bagaimana," katanya di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai status Guan Eng susulan kes rasuah mengenai pembelian banglo yang masih di peringkat perbicaraan.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkannya dengan menyifatkan pelantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) yang diumumkan semalam belum muktamad dan masih dalam perbincangan.
Bagaimanapun, kepimpinan PKR hari ini mengesahkan isu tersebut tidak berbangkit lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.