Video Sidang Media Oleh DS Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat MT petang tadi...
http://www.astroawani.com/berita-politik/jawatan-presiden-umno-akan-dipertandingkan-ahmad-zahid-176172
Jawatan Presiden UMNO akan dipertandingkan - Ahmad Zahid
Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus menyelesaikan persoalan tidak ada pertandingan jawatan tertentu dalam parti yang diperkatakan sebelum ini.
Jelasnya, mana-mana kepimpinan dan ahli UMNO yang berhasrat menawarkan diri di jawatan nasional, bahagian untuk mendaftar di atas talian pada 1 Jun sehingga 5 petang 17 Jun ini.
"Tidak timbul soal tidak ada pertandingan jawatan tertentu dalam UMNO. Saya dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja yang berkelayakan.
"Sementara masa bertanding, kami diberi amanah selesaikan isu dan masalah yang kami hadapi sekarang," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Beliau berkata budaya itu perlu dihentikan kerana ia dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO, selain punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.
Jelasnya, RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.
Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Tengku Adnan berkata, UMNO telah menerima kebenaran daripada RoS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Okt 2017.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.