Pages

06 Mei 2018

Mahathir Mohon Maaf Kepada Mangsa Memali Dan Komen 'Celaka' Anak Mangsa Memali




Permohonan Mahathir menjelang PRU14 adalah tindakan terdesak untuk meraih undi dan simpati orang Melayu khususnya penyokong PAS. 

Tindakan ini sudah terlambat kerana ramai pihak mahu isu ini disiasat semula dengan membuat RCI untuk membuka kembali kes ini.




Pendedahan isu Memali oleh Tun Musa Hitam dan mendedahkan bahawa Mahathir ada di Kuala Lumpur bukan China ketika kejadian ini berlaku ...

Beliau menjadi mangsa kejadian tersebut yang membawa kejatuhannya dalam politik...


komen anak mangsa Memali ini membuktikan kepedihan mangsa Memali kepada tindakan Mahathir ketika itu.

Kerajaan tidak tolak RCI Memali - PM Najib

PM NAJIB: Tunggu reaksi masyarakat sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad.
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia perlu mendatangkan kebaikan selain mengetahui fakta dan kebenaran sebenar peristiwa berkenaan.

"Kita tunggu reaksi masyarakat sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Tragedi Memali berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, RCI Memali seharusnya dibuat selepas pilihan raya umum akan datang (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pada waktu itu menegaskan, cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kepentingan politik dan memancing undi.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.

Susulan itu, pemimpin kanan PAS itu mengulangi desakan supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyemak semula peristiwa 32 tahun lalu itu dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan untuk berbuat demikian sekiranya ada permintaan.

Dua bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bagaimanapun mempersoalkan kewajaran membuka semula siasatan yang sudah selesai. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.