Sultan Selangor murka terhadap Dr Mahathir
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan semua pihak terutama orang politik supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
Mengulas petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada himpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" yang diadakan di Petaling Jaya, pada 14 Oktober lalu, titah baginda, tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
Sambil menzahirkan rasa kecewa dan murka, baginda menerusi satu kenyataan media melalui Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, bertitah kenyataan bekas perdana menteri itu dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
"Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.
"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.
"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasihah dan keturunan Kesulatan Selangor yang berasal dari Bugis," katanya.
Menurut kenyataan itu, fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor beketurunan Bugis adalah pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan keamanan di seluruh kepulauan Nusantara.
Titahnya, Mahathir sebagai perdana menteri yang menerajui negara ini selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dan mengetahui fakta tentang sejarah keturunan Bugis.
"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir."
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili juga mahu Mahathir ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya itu.
Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelasadalah melampau dan kurang ajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.