Guna jet kerajaan atas jemputan rasmi Istana - Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Netizen Malaysia memang sentiasa menunggu peluang dan bersedia untuk mengkritik sesuatu, dalam pelbagai situasi.Terbaru adalah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sdan keluarganya yang didakwa menggunakan pesawat jet milik kerajaan.
Dalam gambar yang tular di media sosial, Wan Azizah dilihat bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman dalam pesawat tersebut.
Wan Azizah, DSAI and anak2 naik private jet. Siap upload gmbar. Come on Rakyat Malaysia. Do your thing!!! Bash bash!!!
— Sharifah Sakinah (@serenitysakinah)
*checks comment section*
Oh dah bash rupanya. I'm late to the party #mentalitimasihsama
Pasni wan azizah plak bleh request beli private jet senang nak ulang alik jaga kajang dgn permatang pauh.
— wawaney (@waneyjamil)
Dato skrg issue dato sri anwar naik jet kerajaan.. Dulu kita kutuk dato seri najib bawak rosmah dan ahli keluarga naik.. Skrg da viral mohon pnjelasan kpd rakyat bmbg dijadikan isu pembangkang attack
— jeynimerbawi (@abengoh2018)
"Itu merupakan jemputan rasmi Istana yang menjemput Wan Azizah sekeluarga.
"Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi," jelasnya di akaun Twitter hari ini.
Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet utk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi https://twitter.com/thedukeofkl/status/999848698455642112 …
— Nurul Izzah (@n_izzah)
Dalam pada itu, Wan Azizah sekeluarga melakukan kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bonda dan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Hamid dan Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan di Istana Mahkota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan