Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mei 2018

Siri 6 - Serangan Terhadap Mahathir : Gagal Tarik Pengundi Di Parlimen Pekan #Video





Laporan  Portal TV14

http://www.tv14.my/2018/03/11/mahathir-ke-pekan-100-orang-hadir-najib-ke-pagoh-10-ribu-ikut-serta/ 

hanya 100 orang yang hadir



Laporan Berita Harian 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/394273/kunjungan-dr-mahathir-hambar-kurang-dapat-sambutan

Hanya 50 orang hadir



Mahathir Ke Pekan 100 Orang Hadir, Najib Ke Pagoh 10 Ribu Ikut Serta

Posted by nadilang | 11 March 2018 | 7:43 am | 2944



SIFAT enggan mengaku kalah kerana ego menyebabkan Mahathir Mohamad malu sendiri. Mana tidaknya, hanya kira-kira 100 orang saja hadir ke program-program disertainya di seluruh Parlimen Pekan pada akhir Februari 2018 lalu.

Nawaitu Pengerusi PPBM itu turun ke Pekan, Pahang adalah kerana mahu tunjuk bahawa dia tidak kalah dengan Perdana Menteri Najib Razak yang mampu turun ke Langkawi beberapa hari sebelum itu.

Bezanya, Najib turun ke Langkawi dengan membawa peruntukan kepada rakyat sebanyak RM1.315 bilion, sebaliknya Mahathir sekadar membawa cerita fitnah dan kebencian yang diulang-ulang pada setiap hari.

Langkah Najib sentiasa setapak kehadapan. Sepuluh hari selepas Mahathir turun ke kawasan Presiden Umno itu, Najib pula telah berjaya turun ke kawasan yang diwakili oleh Presiden PPBM.

Kali ini Najib semakin berani dan terserlah keperwiraannya apabila beliau bukan keseorangan, sebaliknya bersama-sama beliau adalah seramai lebih 10 ribu jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional.

Menurut cerita yang sampai hingga ke Padang Besar, Perlis, kehadiran Najib bersama 10 ribu jentera anak muda BN itu berjaya mengegarkan Parlimen Pagoh milik Muhyiddin Yassin.

Dari apa yang diperoleh, ini merupakan sebuah perang psikologi ala Najib yang penuh versatile dan sukar ditandinggi oleh Mahathir, Muhyiddin mahupun seluruh jentera PPBM.

Isyarat yang cuba disampaikan oleh Najib dan BN adalah jelas. Tiada lagi harapan menggunung tinggi buat ahli parlimen yang bergelar Presiden PPBM dan juga buat keseluruhan parti Pakatan Harapan di Johor khususnya.

Sebagai manusia yang waras dan berakal, rasanya kita mampu untuk menilai sejauh mana kekuatan yang sedang berada bersama Najib dan bekas bosnya iaitu Mahathir sekarang ini. – TV14

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate