Pages

21 Jun 2018

Calon Presiden UMNO 2018 @Khairykj senada dengan Anwar Ibrahim | Astro Awani

Khairy senada dengan Anwar Ibrahim | Astro Awani

Calon Presiden UMNO KJ berpakat dengan Anwar serang Lim Guan Eng... 

Permulaan yang baik untuk kempen pemilihan UMNO. 

Nampak macam sehati sejiwa pula... 

Abam tanya je....

Nak debat nak declare harta kenapa baru sekarang ?

 Biasalah kempen nak menang mesti sanggup buat apa sahaja.

UMNO perlu pemimpin yang bukan sahaja pandai bercakap tetapi pandai bertindak dan berpengalaman.

Memperli Najib selepas menyokong Najib bukan ciri pemimpin boleh dipercayai.

Tak ubah macam pemimpin Pakatan. U Turn

Walak kepada pemimpin adalah wajib dan pemimpin berjiwa besar seperti Najib telah meletak jawatan tanda mengambil tanggungjawab sebagai Presiden.

Kenapa desak Najib sahaja letak jawatan sedangkan KJ juga tidak mampu menarik sokongan orang muda pengundi baru PRU14 terutama di media sosial?

Pemimpin UMNO bukan sahaja perlu bijak namun beradab dan jati diri Melayu yang kuat serta agama menjadi paksi perjuangan bukan sekadar lakonan untuk tayangan sahaja.

Patutlah Mahathir dan Syed Saddiq puji bukan main KJ sebagai Presiden baru UMNO.

Puji ada makna ka....

Abam tanya je...

Khairy senada dengan Anwar Ibrahim

Khairy senada dengan Anwar Ibrahim
Khairy berpendapat nasihat daripada Anwar sebagai seorang bekas Menteri Kewangan itu wajar diterima oleh Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang dimaksudkan Khairy yang merupakan calon Presiden UMNO itu, adalah berhubung saranan Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar bijak mengimbangi tanggungjawab beliau untuk meyakinkan pelabur dan kepentingan untuk membongkar segala penipuandan penyelewengan dalam pengurusan dana negara.

Khairy berpendapat nasihat daripada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang bekas Menteri Kewangan itu wajar diterima oleh Guan Eng.

"Beliau perlu mengubah sedikit pendekatan beliau agar tidak dilihat sebagai menteri yg hanya membongkar sahaja.

"Ini kerana jawatan Menteri Kewangan mestilah daripada seseorang yang mampu memulihkan keyakinan pelabur-pelabur terhadap Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka," jelasnya dalam sidang media calon Presiden UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Daganan Dunia Putra, di ibu negara hari ini. BACA: Sah! Khairy bakal bertanding calon Presiden UMNO


Khairy juga berkata pihak kerajaan terutamanya daripada Kementerian Kewangan mestilah mampu memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur dan juga kepada pasaran luar negara selain daripada pengurusan wang rakyat dengan baik berhemah dan telus.

"Kita adalah sebuah negara yang terbuka, terbuka kepada pelaburan dalam bentuk FDI (foreign direct investments) pelaburan dalam pasaran modal kita dan sekiranya ada kenyataan-kenyataan yang menimbulkan satu kebimbangan yang tidak berasas, sudah pasti ini akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara Malaysia," tambahnya.

Menurutnya juga, Guan Eng perlu berhati-hati dan tidak boleh menggunakan angka-angka yang tidak tepat ataupun membuat kenyataan-kenyataan yang boleh disalah tafsir.

Terdahulu, Anwar mencadangkan agar tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

"Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran," jelas Anwar ketika rakaman temubual program 'AI' yang akan disiarkan 8.15 malam pada Khamis (21 Jun) ini.

Menurutnya, langkah tersebut membolehkan Guan Eng lebih fokus terhadap usaha mententeramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

BACA: Guan Eng, biar menteri atau agensi lain bongkar penipuan - Anwar

"Saya ada bertemu dan memberitahu (Lim) Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.

"Setiap kenyataan (oleh Menteri Kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur," tambahnya.

Guan Eng memberi reaksi balas berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar bahawa rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara kerana rakyat tidak mahu kerajaan sorok-sorok atau sembunyikan lagi.

BACA: 'Saya bukan PM, tiada kuasa arahkan menteri dedah skandal kewangan negara' - Guan Eng

"Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri," jelas Guan Eng.

Kementerian Kewangan juga telah menggariskan rancangan alternatif untuk menangani beban hutang RM1 trilion menerusi penangguhan projek-projek dan penjimatan perbelanjaan kewangan.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.