Pages

08 Jun 2018

Hina Agong: Tindakan Peguam PH Desak @PDRMsia Hentikan Siasatan Ke atas Kadir Jasin Dibidas

Hina Agong: Tindakan Peguam PH Desak PDRM Hentikan Siasatan Ke atas Kadir Jasin Dibidas

Hina Agong: Tindakan Peguam PH Desak PDRM Hentikan Siasatan Ke atas Kadir Jasin Dibidas

Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membidas sikap peguam PKR Latheefaa Koya dan Maria Chin yang mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghentikan siasatan ke atas Ketua Media dan Komunikasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Abdul Kadir Jasin, kerana menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mempersoalkan adakah kerajaan baru pimpinan PH hari ini sudah menukar atau menggubah polisi dengan menghalalkan sesiapa sahaja untuk menfitnah, menghina dan memperlekeh Yang di-Pertuan Agong.

"Adakah ini yang dikatakan kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara membawa makna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu? Bagaimana pula jika rakyat seperti saya menfitnah Tun Mahathir? Bagaimana sekiranya saya mendedahkan maklumat dana yang Tun sekeluarga simpan di Bank of Israel di Singapura?

"Bagaimana jika saya menulis tentang dana yang Tun terima dari Ting Pek Khing dan Vincent Tan sebelum pilihan raya dan sebagai timbalbalas, Ting diberi projek Langkawi City 31 bilion dan Vincent Tan pula diberikan projek Pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman? Adakah jika saya menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir maka Maria Chin dan Latheefa Koya akan mempertahankan tindakan saya atas dasar kebebasan bersuara juga?" ulas beliau dalam satu kenyataan media.

Jelas Lokman, apa yang dilakukan oleh PH sekarang ini seperti mempunyai agenda untuk membuang Institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik supaya Tun Mahathir boleh diangkat sebagai presiden atau maharaja yang baru.

"Terus-terang sahajalah dengan rakyat Malaysia agenda sebenar PH. Saya cabar PH melaksanakan Referendum Rakyat. Jika lebih 50 peratus rakyat negara ini menolak mengundi untuk menamatkan institusi beraja, maka tukarlah negara ini kepada sebuah republik.

"Tetapi jika rakyat mahu sistem Raja Berperlembagaan kekal atau jika kalian tidak ada keberanian untuk melakukannya maka belajarlah menghormati Raja-raja Melayu.

"Pengundi muda Melayu memberikan kamu undi supaya menjadi pemerintah yang lebih adil dan saksama, bukan untuk menghalalkan tindakan kalian menghina institusi Raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat dan agama Islam," tegas beliau lagi. – MediaUMNO



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.