Isu Peruntukan Agong : Kadir Jasin Patut Lebih Tertib – Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan anggota Majlis Tertinggi PPBM Datuk Abdul Kadir Jasin berhubung peruntukan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Beliau berkata walaupun hak untuk menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban (decorum) dalam hal ini.
Katanya, kritikan itu juga dibuat tanpa memberi peluang kepada Institusi Raja-raja Melayu untuk memberi respons.
"Sekiranya buat kritikan sebegini tanpa memberi peluang kepada Raja-Raja Melayu untuk jelaskan jawapan, ia tidak sihat terutamanya menggunakan kedudukan yang ada.
"Saya juga lihat sejumlah penekanan, dan ada fakta (yang) dipertikai, saya rasa kita perlu lebih berwaspada," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan anggota parlimen PKR di sebuah hotel di Selangor, hari ini.
Beliau diminta mengulas artikel Abdul Kadir yang juga ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan di blognya hari ini, yang mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk YDPA.
Namun beliau menyertakan penjelasan bahawa artikel itu ditulis atas kapasiti peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jawatan yang dipegangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.