Pages

09 Jun 2018

Lakonan Mahathir Vs Politik Jijik vs Umno Baru

Jika betullah Dr M kata Umno kini dipandang jijik:

1. Umno sudah pun dipandang jijik oleh sesetengah orang Melayu dan bukan Melayu di zaman Dr M jadi PM keempat lagi.

2. Tanya dia apa sumbangan besar kepada Melayu. Proton? Even the cheapest car on the road then was not affordable to the lower income bracket.

3. Lima Budak Melayu yang dipilihnya untuk melahirkan lebih ramai 'millionaire' Melayu gagal. Kontrak Proton banyak diberi kepada usahawan Jepun, Cina dan yang rapat dengan 'inner circle'.

4. 'Pink form' di zamannya mengayakan siapa, selain kroni-kroni dan rakan rapatnya. Beliaulah yang mengajar agar kontrak besar kerajaan diberikan kepada firma gergasi dan established seperti YTL, Berjaya, DRB-Hicom, MRCB dan beberapa lagi. The up and coming Malay companies with equal capability were sidelined and made as beggers in their own country.

5. Skandal AP di zaman Rafidah, perlambakan kereta China dan Korea kepada Naza Group yang dibantah oleh Dr M sendiri, tetapi sekarang cuba menutupnya dengan 'menerima semula Rafidah'.

6. Siapa yang menutup The Star hanya kerana artikel yang didakwanya provokatif, dan kini beliau menggunakan Gobind untuk 'free Press' dan 'hak bersuara'.

7. Zaman itu beliau hidup di alam analog, tiada internet dan tiada serangan mediatroopers. Beliau berjaya menutup mulut para penentang dan memadamkannya dengan politik authoritariannya.

8. Ingat lagi kes beliau ingin melantik Sanusi Junid sebagai MB Kedah? Tentangan semua exco Kedah bertukar kepada sokongan apabila beliau memanggi mereka ke pejabat JPM di Jln Dato Onn. Oleh kerana takut hilang title dan dapur taa berasap, mereka akhirnya menyokong kerana 'dictation'nya.

9. Orang Melayu sudah jijik pada pemerintahannya ketika itu. Hampir tidak ada projek yang boleh mengayakan mereka, kecuali mereka bergerak sendiri.

10. Politik Dr M bukan untuk mempopularkan parti tetapi mempopularkan diri sendiri. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang, KLCC, LRT, Cyberjaya, Putrajaya dan KLIA gagal membantu Melayu luar bandar tetapi mengayakan bukan Melayu dan orang luar.

11. Melayukah yang dapat manfaat daripada semua projek meganya? Melayu pada zamannya masih ramai yang miskin. Sabah dan Sarawak diabaikan. Berapa kali dalam tempoh 22 tahun Dr M ke sana?

12. Tidak seperti Klinik 1Malaysia yang memberi manfaat kepada berjuta rakyat, apa jasanya yang sebenar-benar dapt dimanfaatkan rakyat marhaen.

13. Legasi? Najib lebih banyak meninggalkan legasi untuk manfaat rakyat daripadanya yang hanya 'mencipta legasi' untuk golongan kaya.

14. Beliau seorang malaikatkah, yang memburu kesalahan orang lain tanpa membenarkan dirinya dan kroni-kroninya disiasat atas kesalahan lampau. Ini termasuk menguasai judiciary bagi melindungi Rafizi daripada hukuman penjara, kemungkinan menggugurkan kes rasuah LGE yang ada kesamaan dengan kes Khir Toyo, menolak petisen penubuhan RCI Memali, Skandal Forex dan sebagainya.

15. Beliaulah yang mencipta istilah JIJIK di zamannya. Menangis 'crocodile tears' ketika mengumumkan perletakan jawatan pada PAU tahun 2002, dan pura-pura dengan khazanah kekayaan anak-anak lelakinya.

16. Jadi, politik siapa yang jijik sebenarnya?

17. Siapa yg gunakan ISA di zaman analog untuk menutup mulut pengkritiknya.? Siapa yang gunakan Ops Lallang ke atas konco2-nya dalam PH hari ini?

18. Kenapa laporan saya (yang diakui oleh SKMM pada tahun 2011 menerusi siasatannya) mengenai agihan kontrak komputer 1malaysia disembunyikan, dengan memindahkan pegawai penyiasat SPRM di dalam kes ini? Ia membabitkan Rais Yatim, orang kepercayaannya.

19. Siapa penganut politik jijik yang keluar-masuk-keluar-masuk-keluar Umno yang menampakkan manusia tidak berpendirian dan 'kafir politik' ini.

20. Siapa pula yang melucutkan hak imunity raja-raja Melayu dan hari ini berkata 'I actually want to protect them!'



Copy and Paste

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.