Pages

12 Jun 2018

Pernahkah beras tak cukup? - CEO Bernas | Astro Awani

Pernahkah beras tak cukup? - CEO Bernas | Astro Awani


Siapa lagi akan jaga kebajikan petani jika bukan kerajaan BN?

Kini BN sudah menjadi pembangkang dan hanya kenangan mengisi ruang ingatan rakyat.

Pemandu teksi juga sudah ditipu dan kini mereka baru menyesal mengundi PH.

Terima kasih orang muda yang memilih PH kerana IbuBapa mereka sedang menerima kesan pilihan tersebut.

Abang dan kakak mereka yang dibuang kerja juga akan berterima kasih atas pilihan anak muda kali ini.

Kita tunggu lagi apakah yang akan terjadi..

'Pernahkah beras tak cukup?' - CEO Bernas

'Pernahkah beras tak cukup?' - CEO Bernas
Ismail ketika ditemui Astro AWANI hari ini. - Astro AWANI/Najib Aroff
KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata sistem beras negara sedia ada perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan makanan dan juga nasib petani.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bernas, Ismail Mohamed Yusof, negara tidak pernah kekurangan beras sejak Bernas mula ditubuhkan dan tiada sebab jelas mengapa monopoli syarikat itu harus dihapuskan.

"Kita perlukan 'gatekeeper' tunggal, kalau buka kepada semua orang dan import terlebih, pengeluar tempatan tidak dapat jual padi mereka," katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.

Tambahnya lagi alasan untuk menjadikan harga beras lebih murah juga tidak boleh diterima kerana harga beras memang sudah murah.

"Semangkuk beras di Malaysia berharga 26 sen. Hendak murah bagaimana lagi?" soalnya sambil menambah, harga beras di Malaysia antara yang termurah di rantau ini. Ismail berkata Bernas juga selama ini tidak hanya menjalankan pernigaan bersandarkan aspek komersial sahaja, sebaliknya kebajikan petani turut diberi perhatian.

"Semua orang mahu cakap soal monopoli sahaja, soal kami jaga kebajikan petani tidak mahu dilihat," katanya sambil menambah, Bernas hanya memiliki 28 kilang pemprosesan beras dari 180 kilang beras di Malaysia.

Ismail juga berkata aspek paling penting perlu diberi perhatian adalah soal keselamatan makanan.

"Kita masih ada pengeluaran tempatan jadi jika import terganggu. Ia masih selamat.

"Tetapi pengeluaran di Malaysia juga bermusim di setiap negeri dan kebanyakkan petani adalah berpendapatan kecil. Kita perlu jaga mereka," katanya.

Jelasnya, Bernas mengimport sekitar 700 hingga 900 ribu tan metrik beras setahun manakala kadar pemulihan beras tempatan sekitar 64 ke 65 peratus.

"Jumlah import bergantung kepada pengeluaran tempatan, jika sedikit, kita import lebih.

"Kita ada stok, cuma tidak boleh simpan kadar banyak untuk tempoh lama kerana beras akan rosak," katanya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mengumumkan monopoli Bernas dana import dan pembelian beras akan dihapuskan bagi membuka pasaran sama seperti Indonesia.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.